Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dah dekat tiga bulan Yulia bertutorkan si tutor hensem. Dah masuk bulan Januari pun dan Yulia dah mula bergelar calon SPM.
Eh. Dah lama jugak Yulia dengan mr.tutor dia. Ok ke? Takde maknanya. Walaupun tak selalu, tapi ada la jugak sesekali Aryan punya gila tu datang balik. Entah la. Memang dia suka menyakat si yoyo ni.
'Tok! Tok! Tok!' Bunyi ketukan di pintu menyapa gegendang telinga Yulia. Sambil berjalan ke pintu, Yulia berfikir. Siapa yang datang. Sebab kata encik tutor, dia tak boleh datang hari ni. Sibuk katanya.
Papa kot. Balik awal hari ni. Yulia membuka pintu tanpa syak wasangka. Sebaik pintu terbuka, satu wajah yang sangat buruk rupanya menyapa retina mata Yulia.
Apalagi, Yulia sudah mula melontarkan vokal kelautnya yang ala-ala penyanyi opera. Mana tak terkejut weh, muka dah tak macam manusia. Serentak dengan itu, pintu rumahnya dihempas kuat.
Yulia mengurut dada. Ya Allah, tak bernafas aku dibuatnya. Jantung dia pun konfius nak berdegup ke tak tadi. Tiba-tiba terdengar bunyi gelak sakan diluar rumah. Yulia mengetap bibir geram. Pintu dibuka semula.
Aryan. Makhluk halus yang tak habis-habis mengacau hidupnya. Bukan main sakan dia ketawa. Topeng makhluk entah apa nama tu elok berada di tangannya.
Nak aje aku tampar mamat tak cukup hormon ni. Apa masalah dia. Dah gila ke. Aryan sudah menongkat badannya dengan sebelah tangan ke dinding. Penat sangat ketawa. Muka Yulia yang terkejut mengalahkan keldai tergigit lidah tu sungguh menggelikan hatinya.
"Apa masalah kau ha gila? Dah lama hidup ke?"
"Hahaha. Cantik tak topeng aku? Aku baru beli semalam. Ingat nak bagi kat kau. Sebab tu aku bawak hari ni."
"Apa? Kau nak suruh aku jadi manusia bertopengkan syaitan ke apa? Takpelah encik tutor yang baik hati. Simpan je topeng tu."
"Alahai. Merajuk pulak dia. Takpe besok aku bagi hadiah. Sorilah sebab takutkan kau."
Begitulah hari-hari yang dilalui oleh Yulia dengan tutor kepala biulnya tu. Hadiah yang diberi oleh Aryan untuk memujuknya tu ialah cicak dan ular getah yang diletakkan di dalam kotak dan dibalut cantik.
Oh. Lupa nak bagitahu. Sebenarnya masa Yulia buat aksi keldai tergigit lidah tu, semuanya dirakam oleh lensa telefon Aryan. Dia memang dah get ready dengan telefon di tangan. Cuma Yulia je yang tak perasan sebab terlalu terkejut.
🌸🌸🌸🌸
"Sebab ni ialah janjang geometri so first kita cari dia punya ratio dulu. So formula nak cari r ni ialah..."
Yulia hanya menongkat dagu sambil terkebil-kebil memandang ke white board. Tajuk progression yang diajar oleh teacher norita dirasakan sungguh membosankan. Pensel di tangan dipusing-pusing.
"Woi! Berangan."
"Hish kau ni. Terkejut aku."
"Teringatkan tutor dia lah tu. Takkan teacher norita yang bertudung nelopah ni kau dah nampak muka abang Aryan kot."
"Pebende kau ni. Mana ada lah. Aku tengah digest ilmu yang teacher cakap ni. Hmm so janjang geometri ni ada tiga formula." Yulia buat-buat berfikir.
Fazira mencebik bibir. Yulia kembali berusaha untuk fokus. Susah bila tak minat ni. Tapi dia kesian dengan teacher norita sebab ada anak murid sepertinya. Teacher aje yang semangat lebih.
"Ok. Tu saja untuk hari ni. Saya harap korang semua boleh faham sebaiknya tajuk ni. Sebab ni ialah antara tajuk yang paling senang. Since exam pun dah dekat. So saya harap korang semua dapat buat yang terbaik."
Yulia dah sesak nafas mendengarnya. Alamak. Exam. Selama ni dia tak pernah kesah pun. Tapi entah kenapa kali ni hatinya berdebar pulak.🌸🌸🌸🌸
Malam tu Yulia study. Yup. Buat pertama kalinya dia study bila nak exam. Pensel ditangan diputar-putar. Biology. Antara subjek yang dia tak suka. Tapi setakat ni result dia ok lagi lah. Kalau tak B pun C.
Terangkan pengangkutan glukosa? Hmm...glukosa diangkut ke hati melalui kapilari darah. Glukosa ditukarkan kepada glikogen oleh hormon insulin yang dirembeskan oleh kelompok sel pankreas beta.
Glukosa disimpan dalam hati dalam bentuk glikogen. Apabila paras glukosa dalam darah berkurang atau glukosa diperlukan untuk proses respirasi sel, glikogen akan ditukarkan kepada glukosa oleh hormon glukagon yang dirembeskan oleh sel pankreas alpha.
Yulia tersenyum. Takdelah bengap sangat dia ni. Dia masih boleh terangkan dengan detail lagi pasal asimilasi. Eleh kau baru baca semalam. Memanglah. Bidas otak yang bercanggah dengan tuan.
Diam ah! Sebenarnya Yulia ni bukannya tak bijak. Tapi dia ni teramatlah malas. Tapi entah macam mana walaupun dia malas tapi result dia tetap membanggakan. Cuma addmath sahaja la yang masih gagal. Itulah yang paling dirisaukan oleh Puan Maryam.
Kalau boleh dia tak nak Yulia gagal walaupun satu subjek. Tengah-tengah si Yulia ni duk khusyuk study, tiba-tiba matanya terpandangkan phone.
Lama dia memerhatikan phone nya tu. Tangan dah terasa gatal nak mencapai phone di depan mata. Jangan Yulia. Jihad nafsu. Air liur ditelan. Bunyi notification masuk semakin mencabar keimanannya.
Dia menggeleng sambil berusaha untuk fokus kepada soalan di hadapan matanya. Encik Ali terlibat dalam kemalangan. Pankreasnya terpaksa dibuang. Apakah yang akan berlaku kepada Encik Ali apabila pankreasnya dibuang?...
Peanut. Laju Yulia menulis jawapannya. Hmm boleh jugak si Yulia ni melawan hawa nafsunya...
Sori kalau terslh info atau ape psl asimilasi tu n please leave a comment. 😆

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Roman pour AdolescentsKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...