Pagi yang indah. Tapi tidak bagi Yulia. Segala macam rasa ada dalam hati dia sekarang. Nak menangis, nak menjerit, nak tergelak, nak berak pun ada. Hanya sebab nak menerima result SPM hampir gila dia dibuatnya.
Demi menghilangkan kegusaran yang maha dahsyat itu, Yulia mencapai phone nya.
Lagu Worth It nyanyian Fifth Harmony itu dipilih.
Give it to me i'm worth it
Baby i'm worth it
Uh uh i'm worth it
Gimme gimme i'm worth itRentak tari dibuka mengikut irama lagu. Memang best pun menari lagu ni. Macam-macam gaya Yulia buat. Twerk pun dia hentam. Entah macam mana lah rupanya.
Sedang dia syok menghayunkan badan mengikut muzik yang bergendang hebat tu, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
Yulia berhenti serta-merta. Merah padam mukanya. Alamak. Tengah aku buat aksi terlarang ni lah kau muncul kenapa? Dia mengetap bibir geram.
Aryan sedang bersandar di pintu sambil tersenyum mengejek memandangnya. Nampak macam tengah menahan ketawa. Yulia rasa nak selam kepala dalam tanah sekarang.
Ya, tahniah kepada kau Yulia sebab kau tak tutup pintu tadi. Secara tidak langsung kau telah menyumbang modal kepada Aryan untuk membahan dan menggelakkan kau.
"Kita bukan nak pergi club. Tak payah beria sangat practice menari."
Eii...sumpah Yulia rasa nak terjun tingkap sekarang. Malu tertangkap dengan Aryan satu hal, malu sebab kena perli lagi.
"Mama panggil turun. Dia risau kau kat sini lama sangat. Tadi cakap nak ambik phone je. Mana tahu kot mati sebab keterujaan melampau."
Yulia rasa nak baling botol bedak di depannya sekarang ke muka Aryan. Sempat lagi dia bergurau, aku tengah nervous tahap tak boleh bernafas ni.
Aryan cepat je blah dari situ. Nampak tanda-tanda botol bedak tu sikit lagi nak melayang ke muka hensemnya. Aset mahal ni.
🌸🌸🌸🌸
"Yuya? Kenapa sememeh semacam ni?" Tegur Puan Asnida sebaik sahaja kaki Yulia memijak anak tangga terakhir.
"Mana tak sememeh ma, dia berlagak ala-ala Miley Cyrus tadi."
Yulia menjeling geram.
"Aku nervous lah. Kau apa tau."
"Dah, dah. Jom. Nanti lambat."
Encik Kamal cuba meleraikan perang saudara antara mereka ni. Kalau dibiarkan tak bergerak lah jawabnya diorang ni.
🌸🌸🌸🌸
Yulia menggenggam erat tangan sendiri. Berpeluh tangannya. Dewan yang besar ni tiba-tiba terasa sejuk. Punyalah berdebar.
Aryan ada jugak cadangkan dia cek result melalui sms je tapi dia tak berani. Kan tiba-tiba pengsan tengah-tengah orang berucap ni sebab extreme shockness. Tak ke haru.
Puan Asnida menggenggam erat tangan Yulia. Yulia berpaling. Puan Asnida hanya senyum memandangnya.
"Jangan risau. Mama yakin Yuya boleh. Lagipun Yuya dah buat yang terbaik. Kita serahkan pada Allah je. Apa-apa pun keputusan Yuya, Yuya kena yakin itu yang terbaik untuk Yuya. Allah knows the best."
Yulia tersenyum. Sememangnya Puan Asnida memang seorang pendengar dan penasihat yang baik. Hilang segala kegusaran di hati Yulia. Betul kata mama. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/94486872-288-k265285.jpg)
YOU ARE READING
Mr Tutor (ON HIATUS)
Подростковая литератураKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...