Belum sempat otak Yulia bermain teka teki siapakah gadis yang bersama Aryan tu, tiba-tiba sahaja tangannya ditarik ke arah mereka. Eh eh. Tak sempat nak buat apa-apa mereka dah tercongok di hadapan Aryan dan gadis tu.
Fazira tersenyum memandang mereka berdua. Yulia pulak biasa je. Senyum jugak lah sikit. Nanti kang cakap sombong pulak.
"Hai Abang Aryan. Tak sangka jumpa kat sini."
Yuya pelik. Apa yang tak sangka. Dah kita duduk satu negeri. Rumah pun bukan jauh sangat. Fazira yang seakan mengerti pemikiran Yulia menyikunya perlahan. Macam nak cakap saja berbasa-basi.
"Hai Faz, Yuya. Korang buat apa kat sini?"
"Mandi sungai."
Jawab Yulia selamba. Gadis di sebelah Aryan menahan ketawa. Makin kuat Fazira menyiku Yulia. Sakit lah toyol! Yulia menggosok-gosok pinggangnya.
"Oh, ingatkan basuh baju." Geram jugak Aryan. Ye lah walaupun soalannya bodoh, tapi tak salah kan berbasa-basi.
"Kat tepi sungai pun boleh basuh baju." Menggigil Fathia menahan ketawa.
Fazira yang mula menyedari kedua-dua mereka yang sekejap lagi akan bertukar menjadi watak avengers tu mula menyampuk. Kalau dibiar ni boleh berbunuhan.
"Takdelah Abang Aryan. Kitorang saja jalan-jalan window shopping."
"Oh, lupa nak kenalkan. Ni Fathia. Sepupu abang."
Mereka berdua bersalaman dengan gadis manis itu.
"Ingatkan abang dating dengan girlfriend tadi."
"Hahaha. Fathia ni budak lagi lah. Baru 16."
"Oh ya? Akak 17. SPM tahun ni. By the way Fathia belajar kat mana?"
Yulia tiba-tiba terasa semacam. Berkerut keningnya. Seruan tu datang balik. Lengan Fazira dipegang kejap secara tiba-tiba.
"Mak kau cendol!" Latah Fazira. Terkejut dia. Dah kenapa pulak ni.
Cendol? Apakah? Adakah ini inovasi baru untuk mengatakan bahawa mak kau hijau? Itulah. Suka sangat makan cendol. Makin nak terkencing Yulia menahan gelak.
"Takpelah. Kitorang nak cepat ni. Nanti-nanti kita borak lagi. Bye Fathia, Abang Aryan." Kata Yulia.
Tak sempat apa-apa Fazira dah diheret mengikutnya ke tandas. Nanti kalau ditinggal kat situ makin banyak pulak minah ni menyembang.
🌸🌸🌸🌸
Soalan kimia di hadapannya ditatap lama. Blank. Otaknya langsung tak boleh nak mencerna soalan dihadapannya. Ni lah jadi bila takde mood. Buku ditutup. Dia menelentangkan badan menghadap siling.
"Asal kau diam je tadi."
"Aku bukan mesra alam macam kau."
"Yeke. Ke...kau jeles?" Dia menyucuk-nyucuk lengan Yulia.
"Dah, dah. Kau jangan nak merepek. Kau ingat ni novel? Nak cintan-cintun bagai?"
Dia jeles ke? Kenapa dia nak jeles? Dia bukan ada apa-apa pun dengan Aryan. Dia pun bukannya suka mamat tu. Tak. Dia tak jeles. Tido lagi baik. Esok muka tu jugak dia nak mengadap.
🌸🌸🌸🌸
Yulia menjeling Aryan sekilas. Dari tadi lagi melekat dengan phone nya. Text girlfriend lah tu. Yulia mencebik. Dia meneruskan soalan yang terbengkalai tadi.
Aryan merenung phone di tangan. Apa lah masalah Afeef ni. Suka betul menyusahkan aku.
'Aku taknak lah. Kau ajak je lah Bad.'
'Dah. Aku dah ajak. Dia on je. Kau je sekarang ni.'
'Ok lah tu. Korang berdua je lah.'
'Ala...jom lah Ryan. Tak lama pun. Tiga hari je.'
Malas betul dia. Afeef ni dah takde kerja lain agaknya. Macam manalah si Badrul ni boleh setuju. Kalau dah Badrul setuju nak tak nak dia terpaksa setuju. Sebab dia tahu yang Afeef tak akan berhenti memujuk sampai dia rimas dan akhirnya setuju.
'Hmm...yelah.'
'Haha...macam tu lah. Kita tolong orang waktu susah, nanti susah orang tolong kita pulak.'
'Ye lah Feef. Pape jelah.'
"Ehem."
Suara di depannya berdehem. Aryan mengangkat kepala. Yulia memandangnya dengan pandangan membunuh. Macam nak cakap 'kau nak aku campak phone tu dalam kerongkong kau?'
"Sori,sori. Ada hal nak kena settle. Ada yang tak faham ke?"
Tak ada apa pun sebenarnya. Saja je. Dia yang sakit mata tengok Aryan asyik melekat je dengan handphone nya. Tak sangka pulak yang dia akan terdehem tadi. Marah sangat nampaknya.
"Takde apa. Aku cuma nak cakap aku takde minggu depan. Ada kem."
"Ohh...okay."
"Fathia sepupu kau tu. Belajar kat mana." Tiba-tiba rasa nak tahu. Aryan mengangkat kening. Bukan semalam Fazira dah tanya ke.
"Kan semalam dia ada bagitau."
"Yeke. Masa Faz borak dengan dia tu aku tak dengar sangat."
"Kau masam je semalam kenapa. Jeles ke?" Aryan tersenyum mengusik. Panas muka Yulia tiba-tiba.
"Pehal pulak aku nak jeles. Kau siapa?"
"Aku kan boyfriend kau. Boyfriend kedai cendol." Yulia tak nak gelak sebenarnya. Tapi dia tergelak jugak. Apa ke bongok nya boyfriend kedai cendol.
"Jangan nak perasan lah. Kau tu black goat je masa tu."
"Haha. Okay, aku mungkin bukan boyfriend cendol kau but I'm still your superman."
"Superman? Posmen pun tak lepas." Yulia mencebik. Makhluk kuat perasan ni memang lah.
"Kau lupa eh. Dua kali tau aku jadi superman kau. Masa insiden kau dan doraemon tu, and masa kau nak kena langgar haritu."
Aryan memeluk tubuh. Amboi bongkaknya dia. Kemain eksyen selamatkan orang.
"So?"
"Aku dikira superman lah tu. Superhero. Kenapa bila kau jadi apa-apa asyik ada aku eh?" Aryan buat-buat berfikir.
"Dah memang ditakdirkan kau tu dilahirkan untuk memudahkan kerja aku. Senang cakap jadi maid aku. Haha."
"Ye ke? Ke...jodoh sebenarnya?"
Dia tersenyum menggoda memandang Yulia. Gulp. Yulia telan liur. Mati tawanya. Hahaha. Seronok dia tengok muka merah padam Yulia tu.
Ye ke jodoh? 😕 korg rse mcm mne? #yayan
Dah mcm jajan lak bnyi dye. Anyway dun forget to vote n comment. Love you. Nite. 😘
![](https://img.wattpad.com/cover/94486872-288-k265285.jpg)
YOU ARE READING
Mr Tutor (ON HIATUS)
Dla nastolatkówKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...