Puan Asnida memandang wajah-wajah dihadapannya. Auntie Jane memulakan bicara.
"Saya minta maaf datang tiba-tiba. Sebenarnya..."
Auntie Jane memandang suaminya sekilas sebelum menyambung bicara.
"Saya ni tak pandai nak berkias- kias, berpantun menyusun kata ni. Jadi biarlah saya berterus terang je."
Puan Asnida dah berdebar menunggu kata-kata seterusnya. Dia sebenarnya dah boleh agak tujuan kedatangan mereka ke sini.
🌸🌸🌸🌸
"Burp. Alhamdulillah."
Aryan hanya mampu menggeleng. Tak senonoh betul perangai. Dia dan Yulia baru balik dari keluar makan. Dia yang ajak teman. Bosan katanya makan sorang-sorang.
Yulia berjalan keluar dari kereta. Paper bag di tangan dibelek sekali lagi. Syoknya ada orang belanja. Feel dia lain dengan beli sendiri.
Kegembiraan mereka berdua terhenti sekejap apabila menyedari ada kereta lain di situ. Kereta siapa eh. Yulia memandang Aryan yang turut memandangnya tu. Dua-dua mengangkat bahu. Kawan papa kot.
Tiga pasang mata memandang mereka sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke rumah. Auntie Jane? Yulia menelan liur. Aryan disebelah dijeling sekilas.
Aryan pulak masih terpinga memandang tetamu mamanya ni. Kotak cincin di atas meja dipandang. Takkanlah...
Matanya melirik Yulia yang masih lagi terkejut tu.
Aryan macam dengar bunyi hatinya berkecai. Kalau datang merisik ni mesti lah untuk Yulia kan,takkan untuk mamanya pulak. Nanti mengamuk pulak Encik Kamal tu.
Takkanlah Harraz dah melangkah sejauh ni, Aryan mengelug perlahan. Ya, dia dah terlambat.
🌸🌸🌸🌸
Aryan berbaring sambil merenung siling. Tak sempat dia amalkan sampai habis petua-petua Afeef tu, Yulia dah dirisik Harraz.
Mula-mula dia ingatkan Yulia tak tahu apa-apa. Tapi rupa-rupanya Yulia memang dah boleh agak tentang ni cuma dia tak menyangka yang hari ni mereka datang.
Macam ni ke rasa kena reject? Dia tak pernah kena reject sebab dia tak pernah try mana-mana perempuan.
Kecewa. Ya dia sangat kecewa dan hampa. Kalau nak drama sikit dia dah lari membawa diri ke luar negara, tapi ni bukan drama. So dia kena terima hakikat dan move on.
Tidur lagi bagus. Malas nak fikir nanti dia jugak yang kecewa.
🌸🌸🌸🌸
Yulia mengusap cincin belah rotan di jari manisnya. Sepatutnya dia gembira, tapi kenapa dia rasa sedih sekarang? Betul ke apa yang dia buat?
'Thanks Yuya. Sebab percayakan saya 😉'
Whatsapp dari Harraz itu dibaca sekilas. Senyuman nipis diukir.
'Wc.' Hanya sepatah dibalas. Takde mood.
Phone ditutup. Macam tak percaya, minggu depan dia jadi tunangan orang. Semuanya macam tiba-tiba.
🌸🌸🌸🌸
Aryan memang jarang bercakap dengannya sejak peristiwa merisik tu. Sejak bertunang ni, lagilah susah nak bercakap dengan Aryan.
Kalau betul lah kata Faz yang Aryan memang sukakannya, dia tak dapat nak tolong.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Teen FictionKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...