Yulia melangkah perlahan menuju ke gazebo. Bahu Fathia ditepuk perlahan. Terperanjat member dibuatnya.
"Ya Allah Kak Yuya, terkejut Fathia. Malam-malam ni jangan main tepuk-tepuk macam tu." Yulia tergelak kecil.
"Hehe, sorry. Fathia buat apa kat sini sorang-sorang. Tak takut ke?" Fathia tersenyum kecil. Kaki yang terjuntai digoyang perlahan.
"Kak Yuya tau kan pasal rancangan nenek tu?" Yulia sekadar mengangguk.
Fathia mengeluh perlahan.
"Akak rasa macam mana?"
"Apa yang macam mana? Fathia pulak rasa macam mana?"
🌸🌸🌸🌸
Aryan memandang lama gadis dihadapannya. Bermacam-macam reaksi dapat dia baca dari raut wajah gadis itu. Reaksi terkejut, cuak, takut, bahkan reaksi sembelit pun ada. Dia mula risau. Sebenarnya dia sendiri memang dah jangkakan perkara ini. Terlalu tiba-tiba dan mengejut.
"Kau okay tak ni? Janganlah buat muka macam orang putus nafas macam ni, risau pulak aku."
"Kau rasa aku akan okay ke lepas dengar apa yang kau cakap ni?"
Aryan mengeluh perlahan. Betul jugak tu. Dah tentulah tak okay. Wajah cuak Lily dipandang sekilas.
Lily pulak dah pandang Aryan ni kecik besar kecik besar je. Haih kenapalah dia kena petik nama aku sekali. Macam lah dia tak kenal nenek Aryan tu macam mana punya cerewet. Dengar dari cerita Aryan tu pun dah sah-sah nenek Aryan memang dah reject dia dari awal.
"Ok macam ni. Nanti kau tak payah bercakap pun. Biar aku je yang cakap semua. Kau senyum, angguk je. Ok tak?"
"Nanti kang dia ingat aku bisu pulak. Dah elok-elok nanti dia nak terima aku, terus tak jadi takut cicit dia nanti bisu jugak."
"Amboi, kau punya risau ni, kau ni nak kahwin dengan aku betul-betul ke ni" tanya Aryan sambil tergelak kecil.
"Merepek je lah kau ni. Nak aku tolong ke tak ni?" Marah Lily.
"Haha. Ok ok. Sorry Lily. Sorry sebab terpaksa libatkan kau. Tak tau la kenapa tengah-tengah kelam kabut macam tu nama kau je yang aku boleh fikir." Ada bunyi kekesalan dalam nada suaranya.
Lily hanya tersenyum kecil. Nak marah pun nasi dah menjadi bubur, takkan boleh jadi nasi balik. Harapnya bubur ni tak membawa apa-apa kemudaratan di kemudian hari.
"Takpelah Aryan, nak buat macam mana. Dah takdir agaknya. Haha. Apa-apa pun kita berdoa je la semoga nenek kau terbuka hati untuk...." Hmmm terbuka hati untuk apa Lily? Haah kan? Terbuka untuk apa? Otak dan hati mula buat meeting.
"Untuk....terima alasan kau ni. Risau jugak kalau Nenek tau kita menipu." Ayat terbaik yang mampu dituturkan. Risau tersalah pilih ayat tadi, betul-betul kahwin pulak dengan Aryan nanti.
🌸🌸🌸🌸
Yulia terkebil-kebil diatas katil merenung siling bilik, mengira bilah kipas, dan mengagak berapa Watt lampu LED di siling biliknya. Phone ditepi bantal dicapai. 3.00 pagi. Waktu di Malaysia awal 5 jam dari Rusia, jadi disana sekarang pukul 8 pagi. Otak Yulia mula buat kira-kira dipagi hari.
Skrol....skrol....skrol.... Harraz ♥. Ok jumpa. Button dial ditekan.
Trutt...trutt....trutt....trutt....
Yulia hampa. Harraz ni. Tak tau ke kita rindu dia 😕. Jadual Harraz yang agak busy kebelakangan ini menyebabkan mereka tidak boleh selalu berhubung. Memandangkan hari ini weekend, Yulia beranggapan Harraz sedikit free harini. Phone kembali diletakkan ke sisi bantal. Siling kembali ditenung.
Kadang-kadang dia terfikir, kenapa dia setuju dengan semua ni? Dia tahu consequences dari keputusannya, yet she's still willing to take the risk. Harraz boleh sahaja memilih gadis-gadis cantik di sana, baik melayu mahupun bukan, tetapi lelaki itu tetap dengan pendirian untuk memilikinya. Atas dasar itu, Yulia sangat percayakan Harraz dan dia berharap kepercayaan itu tidak akan dimusnahkan oleh lelaki itu. Harapnya begitu.
'Dah kenapa aku tiba-tiba deep malam-malam ni. Itu la, tidur lewat lewat ni mula la nak overthinking bukan-bukan. Tidur je la Yuya.' Otak yang dah penat nak overthinking mula berbisik lembut.
🌸🌸🌸🌸
Lily berdiri lama disisi kereta. Nak masuk balik dalam kereta boleh tak? Kenapa aku bersetuju dengan idea gila Aryan ni? Ya Allah seramnya sampai ke tulang sumsum ni. Tak tau kenapa dia baik hati sangat menolong Aryan, tetapi melihatkan muka Aryan yang seperti hendak menangis bila dipaksa kahwin semalam, Lily bersetuju untuk membantu. Tapi itu semalam la, harini dia rasa macam nak tarik balik pulak keputusannya.
Aryan yang turut berdiri disisi yang bertentangan dapat merasa aura ketakutan dari Lily. Sebenarnya bukan Lily je yang takut, dia pun agak seram jugak dengan penerimaan neneknya. Harapnya nenek tak sembur bukan-bukan dekat Lily. Sedari dalam kereta tadi dia berdoa.
"Lily, kau ok ke."
Lily memandang Aryan. Nak cakap tak ok, dah sampai sini. Nak cakap ok, dia memang tak ok. Akhirnya dia hanya mengangkat bahu. Sambil perlahan-lahan kaki mengatur langkah sambil baju kurungnya dikemaskan. Bercakap pasal baju, semalam pun sehari suntuk jugak dia berfikir nak pakai baju apa. Masalah paling besar bagi kaum hawa.
"Ok, jom. Everything's gonna be fine, hopefully." Bisik Aryan perlahan pada diri sendiri. Keluarganya sudah sedia maklum akan kedatangan tetamu istimewa hari ini. Orang yang paling excited ialah Fathia, beria dia yakinkan Aryan yang nenek pasti bersetuju dengan pilihannya. Tapi Aryan tak rasa semudah itu.
Aryan membuka pintu dengan bismillah, langkah kanan dimulakan. Ambik berkat.
"Assalamualaikum."
Lily melangkah masuk. Ok Lily, action! Senyum manis diukir kepada tiga pasang mata yang sedang memandangnya. Nek Asiah, Puan Asnida dan suaminya. Lily bersalaman dengan Puan Asnida dan Nek Asiah. Sejuk tangannya.
"Ini la Lily yang Aryan cerita tu ye." Nek Asiah bersuara sebaik sahaja Lily melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengannya. Lily tersenyum kecil sambil mengangguk.
"Iye Nek. Nama saya Dalili. Tapi panggil Lily je." Sambil tersenyum, Lily cuba beramah mesra.
"Lily duduk mana?" Puan Asnida pula bersuara.
Dari kejauhan, dua kepala sedang menghendap situasi di ruang tamu. Yulia dan Fathia yang ditugaskan untuk menyediakan makan tengah hari sebaliknya sibuk memasang telinga di sudut dapur.
"Kak Yuya rasa nenek ok tak?" Bisik Fathia perlahan.
"Entahlah Thia, setakat akak kenal nenek, rekod nenek dengan akak tak berapa cantik. Dengan Lily ni akak tak tau la. Kalau dia pandai ambik hati nenek, mungkin dia boleh lulus dengan cemerlang."
"Hmm. Mungkin. Lagipun Kak Lily ni cantik je, takkan la nenek tak suka kan."
"Akak pun cantik jugak tapi nenek tak suka." Sempat lagi ye Yulia. Nasib baik ayat tersebut hanya bergema dalam hati je. Bukan masanya nak angkat bakul sendiri sekarang ni.
Hye, i'm back. After 2 years. Sorry for being on hiatus for so long 😕 i may have lost some of my regular readers, and i'm so sorry to keep you guys waiting 😢 the thought of deleting this story has always been there after having writer's block for more than a year, however considering those people who have been supporting me throughout the journey of writing this story, i decided to make a comeback.
Also, shoutout to this guy _alifamirul7 for the ideas and support. Part of this chapter was originally from him with a lil bit alteration made to match with the plot.
Feel free to vote and comment to help me improve myself better. Being away for too long has somehow affects my writing skills, and i really need your feedback to help me. Lastly, thank u for your support. Love u guys 😘
YOU ARE READING
Mr Tutor (ON HIATUS)
Teen FictionKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...