Pagi yang indah di kampung. Tapi tak berapa nak indah bagi Yulia. Macam mana nak indah. Kalau kita tahu yang tuan rumah sendiri tak suka kita. Yulia mengeluh. Malas lah nak fikir.
Selepas sarapan tadi dia ingat nak keluar ambik angin. Tapi sebaik sahaja melangkah keluar, matanya dijamu dengan kemesraan dua insan di bawah pokok kelapa tu.
Bermesra bawah pokok kelapa ni, tak takut ke buah kelapa tu buat pendaratan kecemasan atas kepala?
Langkah diatur menuju ke situ."Abang panjat je lah. Ke tak reti panjat pokok?"
"Hai. Buat apa ni bawah pokok ni." Tegur Yulia.
Dua pasang mata memandangnya.
"Abang Aryan ni ha. Dia cakap lama tak minum air kelapa fresh. Thia suruh jelah dia panjat."
Yulia mengangkat sebelah kening sambil tersenyum mengejek.
"Kau pandai ke panjat Aryan."
"Kalau hati kau pun aku boleh tawan, apatah lagi pokok kelapa ni. Sekejap je aku tawan."
Sambil tersenyum macho versi pencair hati setiap wanita, Aryan berchia chia dengan Yulia.
Kalau dengan perempuan lain mungkin dah lembik ke tanah, tapi dengan Yulia mintak maaf lah. Kalau cair pun simpan dalam hati je. Yulia memeluk tubuh.
"Hah cepatlah tawan aku nak tengok. Lama mana kau punya sekejap tu."
Aryan mengangkat kening. Kau cabar aku? Walaupun aku ni takde lah pandai sangat panjat pokok tapi aku pantang dicabar tau.
Seluarnya dilipat ke paras betis. Bismillah. Boleh ke aku ni. Batang pokok kelapa itu dipeluk. Perlahan-lahan dia mula memanjat. Terkial-kial jugak dibuatnya.
Yulia mengeluarkan telefonnya. Mamat ni memang lah. Ego tak bertempat. Padahal bukan main terkial-kial aku tengok dia panjat pokok kelapa ni.
"Nak aku standby dengan paramedik tak kat bawah ni? Aku nak call ni."
Laung Yulia. Saja nak menyakitkan hati. Agak tinggi jugak Aryan sekarang. Risau pulak Yulia kalau jadi apa-apa.
Akhirnya sampai juga Aryan ke puncak. Buah kepala yang belambak tu dibelek-belek oleh Aryan. Nak ambik yang mana ye.
Beberapa biji kelapa muda digugurkan dari atas.
"Chimp! Satu lagi!" Arah Yulia sesuka hati.
Amboi. Sesedap rasanya dia mengarah aku. Dah lah panggil aku chimp.
Yulia cuma tersenyum. Tahu yang Aryan geram. Ok apa aku panggil chimp. Kalau panggil kera ke monyet bunyi kasar sangat.
Fathia pulak hanya diam sambil memerhati. Risau dia tengok Aryan yang tinggi melangit di atas pokok tu. Selama ni Aryan mana pernah panjat pokok.
"Abang. Cukup dah ni. Turun lah." Laung Fathia. Sebelum nenek nampak baik cepat.
Aryan mula memanjat turun. Buah kelapa yang ada dikopek oleh Fathia dibahagian atas dan ditetak sedikit tempurungnya.
Yulia dah teruja. Dia pun mana pernah minum air kelapa fresh dari pokok macam ni.
Kelapa tersebut dihulur kepada Yulia yang dah menanti dengan penuh teruja tu.
"Eh, Thia minum lah dulu."
"Takpe, Thia dah biasa minum. Kak Yuya cuba lah. Sedap tau."
Yulia menyambut huluran Fathia. Air kelapa itu disisip sedikit. Sedap. Minum lagi. Banyak pulak. Belahan pada tempurung kelapa tu membuatkan air kelapa tumpah sedikit ke tudung dan pipinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Roman pour AdolescentsKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...