Yulia menggosok-gosok matanya. Jam ditangan dibawa dekat dengan mata. Gelap. Tak nampak sangat. Dengan matanya yang mamai lagi. Dia bangun lalu membuka suis lampu.
Jam tangan sekali lagi dikerling. Pukul 12.30 malam. Memang tabiat Yulia tak pernah menanggalkan jam tangannya kecuali semasa mandi. Rasa pelik bila tak pakai jam tangan.
Dia terjaga sebab perutnya tiba-tiba meragam nak buat pelaburan. Rumah kampung. Tandas tentu sahaja terletak di dapur. Perlahan dia menuju ke sana.
Sebaik kakinya hampir dengan pintu masuk ke ruang dapur, telinganya menangkap bunyi seperti orang tengah bersembang.
Makhluk mana pulak ni bersembang-sembang tengah-tengah malam ni. Seram pulak dia jadinya. Manusia ke tu? Telinganya didekatkan dengan dinding yang memisahkan dapur dengan tempatnya berdiri sekarang.
Eh, macam suara mama dengan...nenek? Hilang sekejap sakit perut Yulia.
"Mak, takkan sebab apa yang Nida pernah cakap dulu mak layan Yuya macam tu."
Yuya mengangkat kening. Mama tahu ke nenek tak suka aku?
"Kalau pasal tu, Nida tak boleh nak paksa kalau Aryan tak setuju."
"Habis tu kenapa budak tu pulak?"
Puan Asnida mengeluh. Yulia masih lagi kaku disebalik dinding.
"Sebab Nida dah janji dengan mak dia. Tapi apa-apa pun yang berlaku akan datang kita tak tahu. Mak janganlah layan dia macam tu. Dia tak bersalah."
Yulia mengundur perlahan-lahan ke belakang. Tak jadi nak ke tandas. Otaknya ligat berfikir apa yang sebenarnya dibincangkan mama dan nenek.
Apa yang Puan Asnida janjikan dengan mama dia dan apa sebenarnya rancangan nenek. Adakah kemunculan dia dah mengacau rancangan nenek? Sebab tu ke nenek tak sukakannya?
Yulia berpaling untuk masuk semula ke biliknya. Terkejut dia melihat Encik Kamal dibelakangnya.
"Eh, papa. Terkejut Yuya."
"Yuya buat apa kat sini? Tak tidur lagi?"
"Yuya pergi tandas tadi. Nak tidur dah ni."
Sepantas kilat dia berlalu ke biliknya. Dalam bilik pun Yulia masih lagi berfikir. Kalau aku tanya mama agak-agak dia bagitahu tak? Hmm...
🌸🌸🌸🌸
Yulia menjilat aiskrim di tangan. Sedapnya. Lama tak makan aiskrim. Harraz disebelah dijeling.
"Mesti best balik kampung kan?"
"Hmm...boleh lah. Sebab saya dah lama tak balik kampung."
"Tu kampung nenek Aryan?"
Yulia mengangguk. Matanya memerhatikan gelagat-gelagat pengunjung di taman tu. Ada yang tengah duduk-duduk lepak sepertinya, ada yang tengah joging. Hari ni dia malas nak joging.
"Awak dengan Aryan tu sepupu ke?"
"Taklah. Mama dia dengan mama saya kawan baik."
Harraz mengangguk faham.
"Rapat ke dengan Aryan tu?"
"Rapat apanya. Asyik gaduh je. Dia tu memang suka buli saya."
Harraz tergelak. Rasanya dia faham. Haritu masa kem pun dia nampak. Tapi ada satu lagi perkara yang dia nampak dan dia yakin Yulia tak nampak benda tu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Fiksi RemajaKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...