Bab 6

10.2K 572 16
                                    

Aryan meneguk airnya sambil matanya menjeling jam tangan. Hari ni kelas dia habis awal. Afeef tengah ralit dengan phone. Mereka sedang menunggu Badrul.

"Huargh!!!" Sergah satu suara. Nasib tak tercampak handphone Afeef. Dah melambung-lambung dek terkejut. Dia berpaling memandang muka yang ibarat menempah kapur barus di dalam mulut.

Badrul dan Aryan dah ketawa tak cukup nafas. Afeef dah menjeling geram. Apa lah masalah Badrul ni. Dah takde cara lain nak menyakat orang. Dah jadi kerja pulak dia nak mengutip jantungnya yang gugur.

Badrul berhenti ketawa dan melabuhkan punggung diantara dua sahabat tersebut. Tapi yang dia peliknya si Aryan masih tak berhenti ketawa. Siap bertepuk tampar lagi dengan meja.

"Weh kau ni dah kenapa Aryan. Ada saka ke apa." Afeef memandang pelik.

"Tak lah. Muka kau lawak gila tadi."

"Aryan kau okey tak ni. Aku pun gelak jugak tapi takdelah tak terkawal macam ni." Kata Badrul.

"Aku okey,aku okey." Aryan berhenti ketawa. Sebenarnya masa dia tengok muka Afeef yang terkejut tu dia teringatkan Yulia dan aksi keldai tergigit lidahnya. Entah kenapa dia rasa lawak sangat.

Masa hari kejadian pun, lepas dia balik dari rumah Yulia tu dia berulang-ulang kali tengok video yang dirakamnya tu. Tak cukup tanah dia tergelak.

Hai...comel betul la budak tu. Dia menggeleng sambil tersengih. Comel? Seriously Aryan? Comel? Eh aku cakap comel ke. Eh taklah. Aku nak cakap dia tu kelakar sebenarnya. Eleh, yelah tu. Betul la! Macam biasa. Otak dan hati yang tak sekufu.

"Aryan kau okay tak ni. Tersengih sorang-sorang." Tegur Badrul.

"Aku okey lah. Yang korang tengok aku pelik tu kenapa."

"Hmm. Takpelah kalau kau okey."

Yoyo,yoyo... apa yang kau dah buat ni

🌸🌸🌸🌸

Aryan memerhatikan dahi Yulia yang dah berkerut seribu. Nak bercantum bulu kening sebab berkerut. Aryan pulak yang berkerut sekali melihatnya.

"Boleh buat tak?"

"Hmm...jap." Beberapa minit kemudian...

"Tak boleh lah. Haish." Yulia menolak sedikit bukunya.

"Yang ni kau kena guna formula macam biasa la. Tapi yang dia bagi tu varians. Soalan ni kita kena guna standard deviation. So kau kena buat apa?"

"Square root?"

"Exactly. Okay. Kau try buat."

Yulia mengemas bukunya. Dah habis sesi untuk hari ni. Aryan meneguk air yang disediakan oleh Puan Maryam setiap kali dia ke sini. Sekali dengan kuih-muih pulak tu.

"Bila exam?"

"In a fortnight"

"Hmm...okay. Aku cabar kau. Kalau kau lulus untuk exam ni aku bagi kau hadiah."

"Ye lah tu. Kau nak bagi apa? Topeng makhluk halus kau tu? Takpelah tak payah." Aryan dah tergelak. Merajuk.

"Tak lah. Kali ni aku bagi yang betul punya. Aku serius ni. Kalau kau lulus aku bagi kau hadiah. Kau ingat senang ke aku nak bagi orang hadiah. Birthday pun belum tentu tau."

"Okay. Kau nak bagi apa?"

"Mana boleh bagi tau. Tak surprise lah. Amacam? Berani tak?"

"Fine. Challenge accepted. Aku pegang janji kau. Kalau kau tipu siap kau. Nanti aku tuntut."

"Haha. No hal. We'll see. Dapat tak kau hadiah tu."

🌸🌸🌸🌸

Yulia memandang ke langit. Gelap. Memang lah gelap. Dah nak hujan. Sebenarnya lampu jalan dah cukup terang. Saja dongak ke langit. Dah tak ada apa nak buat.

Cabaran Aryan terngiang-ngiang di telinga. Entah kenapa semangatnya berkobar-kobar. Sebelum ni pun macam lah mama tak pernah cabar dia. Tapi dia buat tak tahu je. Tapi kali ni dia rasa sangat tercabar.

Hish tak boleh jadi. Aku kena buat something. Aku tak boleh gagal lagi. Aku kena lulus. Aku taknak gagal. Aku taknak gagal. Dia melangkah ke meja studynya. Buku addmath nya yang terletak di atas meja dicapai.

Tik. Tik. Tik. Jarum jam yang sejak tadi berdetak menunjukkan pukul 2.30 pagi. Yulia masih tekun dengan soalan addmathnya di atas katil. Berkerut-kerut keningnya cuba mencerna maksud soalan tersebut.

Satu soalan mengambil masa hampir 45 minit bagi Yulia. Namun sedikit pun semangatnya tidak luntur. Walaupun dia terpaksa mencuba pelbagai kaedah berkali-kali namun dia tetap tidak berputus asa. Akhirnya dia mengalah. Otaknya sudah tidak berdaya.

Telefon bimbitnya dicapai. Nombor Aryan dicari di contacts whatsapp nya. Yes jumpa. Jin. Nama itu diklik. Tangannya laju menaip mesej untuk Aryan.

'Tido dah ke?' 5 minit kemudian...

'Assalamualaikum. Belum'

' waalaikumussalam. 😒 '

'Kau kenapa tak tido lagi ni? Dah lewat ni.'

'Jap.' Beberapa saat kemudian sekeping gambar diterima oleh Aryan.

'Ni ha. Aku dah puas fikir. Tak boleh jugak.'

Aryan tersenyum. Bagus lah pulak budak kecik ni. Study sampai lewat malam macam ni. Dia mencapai sehelai kertas dan pen. Penyelesaian untuk soalan itu ditunjukkan di atas kertas tersebut dan disnap.

'Nah. Baca betul2 soalan lain kali.'

'Thanks 😊'

'Wc. Dah lewat ni. Pegi tido.'

'Kk. Nightmare.'

Aryan menggeleng. Sempat lagi minah ni. Dia tak sangka yang Yulia betul-betul serius dengan cabarannya sampai sanggup study hingga lewat malam. Sebab berdasarkan apa yang dia dengar dari Puan Maryam sendiri, Yulia ni memang malas nak study.

Aryan tersenyum sambil merenung siling. Semoga dia dapat apa yang diimpikan. Nightmare yoyo...

🌸🌸🌸🌸

Puan Maryam memulas tombol pintu. Bibirnya mengorak senyuman. Yulia dah tertonggeng di atas katil dengan buku latihan addmathnya yang bersepah di atas katil. Alhamdulillah, Aryan betul-betul merubah Yulia.

Puan Maryam mengemas buku-buku di atas katil dan disusun di atas meja study. Kemudian,dia beralih ke katil Yulia. Bahu Yulia digoncang lembut.

"Yuya,yuya bangun. Bangun solat subuh." Masih tiada jawapan.

"Yuya. Bangun sayang. Bangun solat subuh." Yulia menggeliat kecil. Matanya dibuka perlahan.

"Dah pukul berapa ma?" Sambil menggosok-gosok mata Yulia bertanya.

"6. Bangun cepat." Yulia menuju ke bilik air.

Chap ni agak hambar skit. Xde idea 😑
But plis, leave a comment.

Mr Tutor (ON HIATUS)Where stories live. Discover now