Bab 13

7.8K 457 5
                                    

Mereka melangkah masuk ke kafe yang letaknya tak jauh dari perumahan mereka. Fazira dah berkerut kening. Apahal minah ni. Semangat betul ajak aku lepak hari ni. Tangan Fazira ditarik ke sebuah meja.

Jimi? Fazira menarik kembali tangannya. Jimi yang sedang duduk di meja yang sedang mereka tuju itu hanya tersenyum memandang mereka.

"Wait,wait. Kau nak dating dengan Jimi kau ajak aku? Kau nak suruh aku dimannequinkan macam dulu? By the way, sejak bila kau dengan dia ni?"

"Eh apa kau merepek ni. Ikut je lah aku." Tangan Fazira kembali ditarik.
Meja Jimi dituju. Yulia dengan muka semangatnya berdiri di depan Jimi dengan Fazira disebelahnya.

"Tadaa!!"

"Hah. Mana?"

"Ni. Sebelah aku ni." Fazira yang tak faham apa-apa dah mula ternganga. Apakah?

Jimi pula dah menepuk dahinya sambil tergeleng-geleng.

"Ni perempuan yang perangai macam kau? Adoi..."

"Yup. Kitorang dah macam sisters tau."

"Apa ni. Apa ni. Apa yang korang cakap ni." Fazira yang tak faham apa-apa kepoh bertanya.

Yulia mula menerangkan serba sedikit sambil tersengih.

"What?! Kau sanggup korbankan kawan kau yang cun ni demi menyelamatkan diri dari lelaki gila talak ni?" Lurus jari telunjuknya menghala ke arah Jimi. Gila talak? Jimi menjeling geram.

"Aku tak sangka..." Sambil menggeleng-geleng kepala Fazira melangkah keluar dari situ. Alamak... takkan merajuk kot. Yulia menggaru kepala yang kebetulan pulak tengah gatal masa tu. Jimi hanya mampu memerhati. Tu lah Yulia. Buat lagi lawak bodoh macam tu.

"Sori Jimi. Cari orang lain lah ye." Kata Yulia sebelum mengejar sahabat baiknya yang dah mula nampak ura-ura nak jadi bekas sahabatnya tu.

                         🌸🌸🌸🌸

"Faz. Sori lah. Aku dah tak tau nak buat apa. Jangan lah marah. Lagipun kau tak boleh marah aku tau. Kau ingat tak gambar aku korek gigi tu kau sebar masa form 3 sebab nak suruh aku tukar KRS masa tu. Aku tak marah kau pun tau. Aku ikut je kau tukar. Dah lah kau ugut aku pulak. Nak sebar gambar aku korek hidung pulak lepas tu." Fazira tergelak besar.

"Ye lah sangat kau tak marah. Kau tak tegur aku 3 hari tu kau tak ingat? Sampai aku kena belanja kfc baru kau ok?"

"Ye lah. Tapi lepas tu aku tukar jugak kan?"

"Dah kena rasuah memang lah kau tukar."

"Bukan kena rasuah okey. Kena ugut."

"Dah tu kau tak ada idea yang lebih brilliant ke selain mengorbankan aku?"

"Mmm...setakat ni takde lah. Tu je idea terbaik aku." Sakit hati betul bercakap dengan minah ni.

"Sebenarnya kan, ada. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Berisiko tinggi."

"Biasalah. Nak buat kerja gila macam ni memang kena berani lah tanggung risiko. Apa idea berlian kau tu?"

"Macam ni..." Yulia mula menceritakan idea yang dirasakan paling hebat abad ini tu kepada Fazira. Fazira yang terlebih semangat tu dah ternganga-nganga sambil mengangguk-angguk tanda faham.

"Kau faham tak ni? Macam terlebih angguk dari faham je aku tengok."

"Fahamlah. Tak nampak aku terangguk-angguk ni."

"Kau rasa camna? Bernas tak idea aku ni?"

"Bernas kalau berjaya. Kau rasa dia nak ke?"

"Mmm...itulah masalahnya. Kita jangan lah bagitau dia."

"Maksud kau? Dengan menjadikan dia kambing hitam?"

"Tak kesah lah kambing hitam ke, kambing kelabu taik bulldog ke. Yang penting dia tak boleh tahu. Kau boleh tolong aku?"

"You can count on me like 1,2,3 I'll be there, and I know when..." Fazira mula melontarkan vokalnya yang ala-ala orang tersedak nasi tu. Sakit pulak pankreas ni mendengarnya.

                            🌸🌸🌸🌸

Dari jauh Yulia memerhati. Jimi sedang bercakap dengan seorang perempuan di depan perpustakaan. Kedudukan kelas Yulia yang setentang dengan perpustakaan blok sebelah itu membolehkan Yulia melihat dengan jelas mereka berdua. Tania Babu Khan. Perempuan berwajah pakistan tu tersengih-sengih sambil tergelak. Entah apa yang dibualkan. Jimi hanya nak tak nak melayan perempuan tu.

"Jeles ke kak?" Fazira yang entah dari mana menyampuk.

"Please lah. Tak kuasa aku. Aku cuma menyampah tengok Tania tu. Menggeliat je aku tengok."

"Mmm...yuya. Kau terfikir tak apa yang aku fikir?"

"Apa yang kau fikir?"

"Kau tunggu sini." Fazira melangkah ke arah Jimi yang entah bila sudah sampai di depan kelasnya. Terbang ke apa mamat ni. Entah apa yang dibuat oleh Fazira Yulia pun tak tahu sebab dia malas nak berpaling ke belakang. Fazira kembali semula selepas lima minit.

"Aku ada idea lagi baik."

"Apa dia?" Fazira mula menceritakan idea 'baik'nya tu. Yulia tersengih...

Mr Tutor (ON HIATUS)Where stories live. Discover now