Bab 22

7.1K 441 11
                                        

Enjin kereta dimatikan. Mengantuknya. Tadi masa kelas beberapa kali jugak dia tersengguk. Dengan langkah yang longlai dia melangkah ke pintu rumah.

Sebaik sahaja pintu dibuka, kedengaran suara riuh-rendah dari dalam rumah. Amboi. Apa yang meriah sangat ni. Salam diberi. Dapur dituju.

"Ma..." Mati kata-katanya sebaik terpandangkan wajah seseorang yang sedang memotong carrot. Gadis itu tersenyum riang memandangnya.

"Hai abang." Sapa gadis itu. Aryan tersenyum membalas sapaannya.

"Hai Thia. Bila balik?"

"Semalam."

"Datang sini dengan apa ni?"

"Teksi."

"Kenapa tak call abang. Abang boleh ambik."

"Aryan kan ada kelas tadi."

Tegur mamanya yang sedang mengeluarkan pinggan mangkuk dari kabinet. Aryan mencapai sekeping carrot yang telah dipotong lalu disuap ke mulut.

"Lupa pulak. Ni masak untuk makan malam ke?"

"Yup. Abang pergi lah naik mandi solat semua nanti turun minum petang ye."

Aryan mengangguk sebelum melangkah ke biliknya. Selesai solat dan mandi, dia termenung di atas katil.

Fathia Qirana. Selepas perceraian kedua ibu bapanya, dia dibesarkan oleh ibunya. Ibu Aisyah yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah nenek Aryan, Puan Asiah.

Nenek Aryan yang tak pernah memakai khidmat pembantu rumah selama ini menggajikan Ibu Aisyah kerana kesian dengan ibu tunggal itu. Setahun kemudian Ibu Aisyah meninggal akibat terlibat dengan kemalangan maut.

Fathia yang baru berumur sepuluh tahun waktu itu seperti hilang tempat bergantung. Ayah yang tidak pernah langsung diketahui hidup matinya. Kehilangan ibu tercinta disaat usia yang sangat muda. Dimanakah dia ingin meneruskan hidupnya. Ibunya anak tunggal yang telah kematian ibu bapa. Tiada sesiapa yang boleh dijadikan tempat bergantung.

Puan Asiah yang sangat simpati dengan nasib yang menimpa Fathia berniat mengambil gadis itu sebagai cucu angkatnya. Gadis itu dibesarkan dengan penuh kasih sayang sehingga kini genap usianya 16 tahun.

'Tok! Tok!' Ketukan di bilik menarik Aryan dari lamunan panjangnya. Dia melangkah ke pintu.

"Abang. Mama panggil minum petang." Kata Fathia sebaik sahaja pintu terbuka.

                          🌸🌸🌸🌸

Fathia merenung kolam ikan dihadapannya. Malam ni dia tidur disini. Mama yang ajak. Rindu katanya. Dia bersyukur. Ye, sangat bersyukur. Dia anak yatim yang sangat beruntung kerana dipertemukan dengan keluarga yang sangat baik hati ni.

"Thia kira ikan koi tu ke? Nampak ke malam-malam?" Tanya satu suara. Fathia berpaling.

"Apalah abang ni. Buat lawak malam-malam."

"Habis tu termenung apa. Teringat boyfriend ke? Siapa lah yang bertuah tu." Fathia tersenyum.

"Bertuah ke? Thia anak yatim yang tak ada apa-apa. Kadang-kadang Thia rasa malu dan terhutang budi sangat dengan keluarga abang. Sampai Thia dah tak tahu nak balas macam mana."

"Thia..."

"Thia pernah terfikir bila Thia dah cukup besar dan boleh hidup sendiri Thia dah tak nak menyusahkan siapa-siapa lagi. Thia nak hidup sendiri."

"Thia, nenek tak pernah rasa Thia menyusahkan pun. Dia sayang Thia macam cucu sendiri."

"Abang tak faham. Perasaan seorang anak yatim yang sebatang kara. Walau macam mana pun kasih sayang nenek pada Thia, Thia tetap rasa malu dan segan dengan semua yang dah nenek berikan pada Thia."

Kadang-kadang Aryan rasa Fathia ni lagi matang bila bebicara berbanding dirinya. Walau baru berusia 16 tahun, namun kata-katanya sangat tersirat. Perangai keanak-anakannya selama ni mungkin untuk menutup kesedihannya selama ini.

Dia sangat bersimpati dengan nasib Fathia. Ayah Fathia pula langsung tidak memunculkan diri selepas mereka bercerai sehinggalah kematian ibunya. Mungkin juga dia langsung tak mengetahui tentang kematian bekas isterinya.

"Hei, chill lah. Thia ada kitorang. Dah. Tak nak sedih-sedih. Esok sebelum Thia balik abang bawak Thia pergi shopping."

Dia cuba menghiburkan gadis malang ini. Fathia memandangnya sambil tersenyum. Seorang lelaki yang sangat dipercayainya melebihi ayah sendiri. Abang Aryan yang sangat baik dengannya.

Dari kecil lagi, Aryan memang selalu ada untuknya dan selalu berusaha menunaikan segala permintaannya.

                         🌸🌸🌸🌸

Fazira menyelak-nyelak majalah di tangan. Haih bosannya. Phone nya dicapai. Whatsapp Yulia dicall.

"Yo. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Kau tengah buat apa?"

"Baru siap essay yang teacher bagi haritu. Asal?"

"Window shopping jom. Tempat biasa."

"Ok."

Fazira bersiap sebelum menuju ke ruang tamu.

"Abang." Panggilnya. Fariz yang sedang ralit menonton televisyen itu berpaling.

"Tolong. Macam biasa."

Dia tersengih. Nasib baik abang aku baik. Kalau abang orang lain dah makan penyepak agaknya. Mana taknya, lesen motor ada tapi nak ke mana-mana tetap menyusahkan abangnya.

                            🌸🌸🌸🌸

"Thia tak nak beli apa-apa ke?" Fathia yang sedang memandang sekeliling tu berpaling memandangnya. Sambil tersenyum dia menggeleng.

"Laa...habistu buat apa abang ajak Thia shopping tapi Thia tak nak beli apa-apa." Fathia tergelak.

"Kita window shopping je lah."

Aryan hanya mampu menggeleng. Fathia yang selalu menolak bila dipelawa apa-apa. Semakin besar semakin menjadi-jadi. Mungkin dia semakin mengenali dirinya dan menganggap dirinya sekadar menumpang kasih mereka.

"Cepat lah Faz. Aku dah tak tahan nak terkencing ni." Tangan Fazira ditarik.

"Ye lah. Tu lah minum air banyak sangat. Dengan air-air aku sekali kau sapu. Mana tak kembung."

"Dah makanan tu pedas. Eh dah jangan nak membebel. Cepat."

Fazira yang terkocoh-kocoh ditarik Yulia ke tandas tu terpandangkan seseorang yang sangat dikenalinya. Tangannya ditarik.

"Apa lagi?"

"Tu,tu. Bukan Abang Aryan ke tu." Yulia mengalih pandangan ke arah yang ditunjukkan Fazira dengan muncung mulutnya.

Haah. Aryan dengan...siapa tu? Aryan dan gadis yang tergelak disebelahnya tu berjaya membuatkan rasa nak terkencing Yulia hilang sekejap.



Dah bace? So blh lha vote and comment ye 😉. Hambar skit sbab author dh mle ngntuk slow2. Nite. Tdo lu.

Mr Tutor (ON HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang