Pengenalan

3.8K 128 0
                                    


L U N A

Syarikat pembunuh upahan yang diketuai oleh Madam Serena. Madam Serena percaya yang orang-orang yang buat masalah di dunia perlu dihapuskan supaya dunia lebih aman. Pembunuh-pembunuh yang bekerja di bawah syarikat ini sangat kejam dan tidak ada belas kasihan. Lambang bulan mewakili syarikat Luna. Ace, Queen dan Spade merupakan jaguh mereka. Kematian jaguh mereka iaitu Ace, satu misteri yang tiada siapa tahu kecuali Madam Serena.

Karakter Luna:  Kiara (Queen), Lucy (Ruby), Laura (Dark), Tasha (Crystal), Fahrin (Spade), Izz, Amanda


G O L D   S T A R

Syarikat bodyguard yang tolong polis menyelesaikan kes-kes berat yang diketuai oleh Tuan Zafuan. Mereka menjaga keselamatan bandar daripada ancaman Eclipse dan Luna. Pekerja-pekerja di syarikat ini amat setia. Clover, Jack dan Diamond merupakan jaguh mereka. Kematian jaguh mereka iaitu Diamond ialah misi terbesar yang pekerja mereka perlu selesaikan. 

Karakter GS :  Evan (Knight), Shah (Blaze), Ryan (Flame), Airil (Leo), Dahlia, Nazrul


E C L I P S E

Syarikat yang ahli-ahlinya semuanya orang bangsawan, pemimpin negara dan sebagainya. Eclipse diketuai oleh Tuan Shahrul.  Syarikat ini menculik, membunuh, merompak dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat bukannya harta. Mereka melakukan eksperimen pada mangsa yang diculik dengan alasan untuk masa depan yang cerah. Heart dan King merupakan jaguh Eclipse. King merupakan jaguh Eclipse yang terlibat dengan kematian Ace dan Diamond.

Karakter Eclipse: Ryna (Heart), Tuan Khairi (King), Zafri, Afiq


T E A M   52

Semua jaguh setiap tiga syarikat ini digelar ahli Team 52 walaupun mereka musuh. Mereka dipandang tinggi oleh rakan-rakan sekerja mereka di syarikat yang mereka wakili. Sesiapa yang mempunyai nama samaran Queen, Ace, Spade, King, Heart, Clover, Jack dan Diamond ialah ahli Team 52.



Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now