BAB 35

997 60 0
                                    

BAB 35

Hari 5

Sarah POV

Aku dah hilang sabar dengan perempuan ni, dari pukul 5 pagi tadi aku lawan dengan dia. Aku penat, haus dan badan aku penuh dengan lebam-lebam.

"Lagi sekali" arah Kiara.

Sarah tumbuk dan Kiara elak. Kiara tumbuk perut Sarah dan Sarah tertunduk.

"Use your eyes. Kalau lawan kau guna kaki banyak kali, tu la kelemahan dia.." kata Kiara.

Sarah tendang muka Kiara tapi Kiara tahan kakinya dengan tangan. Kiara lebih tinggi daripada dirinya yang kecil.

"Bukan ke akak..patut..bagi chance?"

Suara Sarah terputus-putus kerana tercungap-cungap.

"Kalau orang nak bunuh kau, diorang bagi peluang ke?" jawab Kiara dengan tegas.

Kiara serang Sarah. Tubuh Sarah yang kecil membuat dirinya senang nak elak. Kiara senyum sinis.

"Kau sama macam GS, diorang tak kuat menyerang tapi pandai mengelak. Malangnya, kalau kau takkan terus hidup kalau terus mengelak" kata Kiara.

Muka Sarah tunjuk riak marah dan penat. "Emosi tu kelemahan, Sarah. Musuh kau boleh teka gerakan kau yang seterusnya kalau kau tunjuk riak muka" kata Kiara.

"Mungkin akak betul, atau emosi tu boleh mendorong orang untuk jadi lebih kuat"

Sarah serang Kiara bertubi-tubi. Dia cengkam tangan Kiara dan pusing lengannya. Kiara terkejut dan Sarah guna peluang tu untuk jatuhkan Kiara.

"Nice job" puji Kiara.

Kiara tak pernah terfikir macam tu. Emosi jadi kekuatan? Selama 11 tahun dia bekerja dengan Luna, Luna ajar yang emosi tu kelemahan.

Apa yang Sarah cakap tu ada betulnya. Kiara beri dia rehat. Sarah baring atas tikar getah biru. Kiara baling botol air dan Sarah tangkap.

Badannya basah dengan peluh. Kiara duduk di bangku sambil minum air.

Aku dapat rasakan, ni baru sikit. Kalau berlatih berlawan pun penat macam ni, apatah lagi guna senjata.

"Bila kita boleh berlatih guna senjata?"

"Bila kau dah bersedia" jawab Kiara.

Sarah mendengus tak puas hati.

"Guna senjata bukan senang, Sarah. Banyak senjata yang berat. Kalau kau tak pilih yang sesuai dengan kau, diri kau mungkin tercedera" kata Kiara.

"Dan nak mahir guna senjata tu lama" sambungnya.

Sarah menjeling dan Kiara geleng kepalanya.

"Berapa lama Kak Kiara berlatih guna pedang?" Sarah pandang pedang Katana yang ada dalam alamari.

"Hmm, lebih kurang 8 tahun" jawab Kiara

Wow, lamanya.

Kiara tengok diluar tingkap. Suasana sudah terang. Dia ambil peti kecemasan. Dia sapu ubat dan balut luka-luka Sarah. Dirinya hanya penuh dengan calar.

"Rehat. Malam ni kita latih lagi. Amanda mungkin dah buat breakfast untuk kita" kata Kiara sambil keluar dari bilik.

Susah nak fikir apa yang perempuan ni tengah fikir. Muka dia selalu beku. Kadang-kadang baik, kadang-kadang kejam.

Sarah ikut Kiara dari belakang. Mereka ke dapur dan nampak Amanda sedang susun pancake atas pinggan.

"Sorry, ni yang aku dapat buat. Barang dapur dah habis" kata Amanda.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now