BAB 20

1K 68 2
                                    

BAB 20

Eclipse POV

"Let's go" kata Afiq.

Afiq bangun dan tarik keluar pisau dari lukanya. Sekelip mata, lukanya sembuh. Dia berjalan ke arah Ryna dan Zafri. Pisau-pisau ditarik keluar. Ryna dan Zafri bebas. Mereka boleh bergerak. Luka mereka pun cepat sembuh.

Hanya mereka dan ahli GS sahaja tinggal di dewan itu. GS cuba menghalang mereka tetapi luka mereka parah.

"Jangan mimpi nak halang kitorang. Ni bukan buku komik yang hero selalu menang. This is real life" Ryna pandang GS sambil senyum.

Mereka bertiga guna laluan tingkap itu. Mereka keluar ke bumbung dewan. Mereka memeriksa keadaan di bumbung.

"Luna dah pergi" kata Zafri.

Mereka lompat turun dari bumbung dan ikut laluan belakang hotel yang terletak di sebelah dewan. Mereka berjalan ke bangunan sebelah hotel. Satu susuk tubuh tinggi menyandar pada tiang lampu.

"Kau dah nampak cara lawan Queen?" tanya Ryna kepada bayang-bayang seorang lelaki tinggi.

Lelaki itu memakai sut hitam dan kemeja merah. Kaca mata hitam menutup matanya. Nasib baik tak ada orang lalu. Gila apa pakai sunglasses malam-malam?

"Cara lawan dia sama macam mak ayah dia. Spade pun dah balik?" tanya King.

"Nampaknya macam tu la" kata Afiq.

"Kita dah tahu anak Ace dan Diamond seorang ahli Team 52. Cuma kita cari siapa dia sebenarnya pada waktu pagi" kata King.

"Kitorang ada terdengar dia perkenalkan diri dekat budak GS, tapi malangnya tu bukan nama betul dia" kata Afiq.

King tidak berkata apa-apa dan masuk kereta miliknya. Mereka bertiga ikut King.

***

Gold Star POV

"Aku rasa sangat hina. Kita ni nampak lemah kau tahu?" kata Ryan.

"Diorang pembunuh. Manusia macam kita ni nak bunuh orang?" kata Airil.

"Ambulans dah sampai" kata Shah.

"Nanti ahli atasan kemas semua ni" kata Nazrul.

"Korang sedar tak misi kita gagal? Tuan Zafuan mesti membebel" kata Evan.

"Damn it!" keluh Ryan.

"Haih, pertama kali kita gagal misi rasmi" kata Airil.

Kemudian, ahli atasan GS masuk dewan yang ibarat dah kena 'ribut taufan' tu. Mereka tolong bodyguard itu keluar. Dewan itu dibersihkan. Lima orang lelaki itu dibantu oleh ahli paramedik. Luka mereka dibalut.

"Kita nak cakap apa ni kat Tuan Zafuan?" kata Airil.

Mereka berlima keluh. Haiqal dan tunangnya Qaisara berjalan ke arah mereka. Mereka ahli atasan GS. Dahlia pun ada dengan mereka.

"Macam mana boleh gagal misi ni?" kata Haiqal.

"Korang jarang fail mission. Korang lawan siapa?" kata Qaisara.

"Luna- "

"Luna lagi? Yang semua perempuan tu? Tak malu ke?" belum sempat Ryan habis cakap Dahlia sudah memotong.

"Ish nenek ni, orang nak cerita dia menyampuk" Ryan jeling.

"Siapa nenek?!" Dahlia tinggikan suaranya.

"Kitorang bukan lawan Luna je. Eclipse ada" kata Shah. Dia mengabaikan Ryan dan Dahlia.

Qaisara dan Haiqal senyap.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now