BAB 27
Fahrin POV
Kenapa aku setuju bagi dia jalan seorang diri? Tapi dia Queen, mestilah dia boleh jaga diri. Tapi kenapa aku selalu risau?
Fahrin memerhati Kiara dari jauh. Titisan air hujan turun dengan lebat. Fahrin tengok Kiara berdiri dan berjalan di hujung bumbung itu.
Kiara tergelincir dan jatuh. Muka Fahrin panik dan dia hampir mahu lari ke arah Kiara untuk tangkap gadis itu.
Tapi Kiara sudah mendarat dengan dua belah kakinya.
Perempuan ni suka buat aku risau.
Apalah kau ni Fahrin, dia pandai jaga diri sendirilah jadi kau tak perlu berlagak jadi mak dia. Ahh bagus, aku dah cakap dengan diri sendiri. Dalam kepala pula tu, sah aku gila..
Dia hubungi Lucy.
"Apa?"
"Lucy, aku hantar lokasi, kau kena datang sini. Bawa la sesiapa kau nak. Cepat sikit"
"Roger that"
Lucy putuskan panggilan. Tak lama lepas itu, sebuah kereta Mercedes hitam muncul. Lucy datang bersama Tasha.
"Hmm, aku ingatkan kau datang dengan Laura"
"Hei, kau pandang rendah kat aku? One more word and I will pull your teeth out!" kata Tasha.
"Ohh takutnya"
Tasha terasa tercabar dengan Fahrin. Dia mahu serang Fahrin tapi dihalang oleh Lucy.
"Kau yang kata bawa sesiapa. Next time be more specific. Kenapa kau call?" tanya Lucy.
"Kiara nak bersendirian dan aku beri jawapan yang salah. Kalau aku tak bagi nanti dia akan syak sesuatu sebab aku tak pernah halang dia"
Mereka bertiga pandang Kiara yag sedang berjalan ke arah kedai makan berdekatan.
"Lucy kau bawa balik senjata-senjata ni. Tasha kau ikut aku"
"Kalau rancangan kau ialah nak stalk Kiara, aku cadang Lucy yang ikut kau. Aku bukan jenis yang suka spy orang. Call me if you guys need backup" kata Tasha.
Dia ambil senjata dari Fahrin dan pulang menaiki kereta Lucy. Lucy ikut jejak Fahrin. Mereka tunggu satu blok jauh dari kedai makan itu. Kiara sedang pesan makanan.
"Aku tak nampak apa-apa masalah pun"
"Tiga..dua.."
"Kau kira apa Lucy?"
"Satu"
Sekumpulan perompak serbu kedai makan itu. Kening Fahrin terangkat kerana kagum dengan kemahiran memerhati Lucy.
Dalam kedai makan, suasana kecoh. Pelanggan keluar dari kedai makan kerana panik. Kiara tinggal seorang dalam kedai dengan sekumpulan perompak itu.
Lucy dan Fahrin hanya mampu sorok dalam bayang tanpa dilihat oleh pelanggan-pelanggan itu.
"Kita kena tolong dia-"
Belum sempat Lucy habiskan ayatnya, seorang perompak pecah keluar dari tingkap.
Fahrin hanya senyum sinis menghadap Lucy.
"Don't be such a mother. Kau patut percayakan Kiara dan jangan pandang rendah dekat dia"
Lucy hanya mendengus.
Satu ayat yang keluar dari salah seorang perompak membuat Kiara seperti dirasuk.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
Ficción GeneralKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...