BAB 31

966 65 0
                                    

BAB 31

Hari 1

Keesokkannya, doktor peribadi Luna datang ke rumah mereka untuk periksa kaki Kiara. Kiara duduk di sofa dengan kakinya diluruskan.

"Nampaknya kaki tu kena simen. Patah teruk, dah bengkak. Kamu ada gerak-gerak ke?" tanya Doktor Sue.

Kiara hanya senyum kelat sebagai jawapan. Doktor itu hanya geleng. Dia tahu sangat perangai pekerja Luna.

"Kamu sepatutnya dibawa ke hospital, tapi saya tahu kamu tak selesa jadi saya ada penyelesaiannya" kata doktor itu.

Doktor Sue buka begnya dan keluarkan satu botol kaca berisi cecair dan jarum suntik.

"Saya pernah kerja dengan Eclipse dulu. Mereka ada buat eksperimen. Ubat ni untuk sembuh kecederaan kecil ataupun besar. Kalau seseorang itu terlebih dos, orang yang mati..if possible mereka akan hidup balik" kata doktor itu.

Eclipse dah langgar had garisan antara hidup dan mati. Walaupun mereka pembunuh, mereka tetap ambil berat tentang hal ini.

"Bukan tu bercanggah dengan hukum alam dan sains ke? Macam mana doktor dapat ubat ni?" tanya Laura.

"Tak salah saya, eksperimen ni mereka uji kat tiga orang pekerja situ. Sebelum saya lari dari bangunan tu, saya sempat curi ubat-ubat yang dah berjaya diuji" kata doktor itu.

Lima orang gadis itu ingat sesuatu. Pertama kali mereka pecah masuk bangunan Eclipse, mereka dah bunuh Ryna, Afiq dan Zafri dengan tangan mereka sendiri. Tapi sekarang, tiga orang itu masih hidup.

Doktor itu isi jarum suntik dengan cecair itu. Lengan baju Kiara diselak.

"Beri ubat ni 12 jam untuk berkesan. Kesan sampingan ubat ni, kamu akan rasa sakit kepala, aktif sentiasa dan kamu mungkin tak boleh tidur. Oh ya, jangan pegang apa-apa selama 12 jam ni. Kekuatan dan kelajuan kamu akan meningkat. Pendengaran dan penglihatan kamu akan bertambah tajam"

"Saya beri kamu dos kecil jadi kebolehan ubat ni akan hilang dalam masa 24 jam" sambung Doktor Sue.

"Boleh doktor cerita pasal Eclipse. Kebetulan syarikat tu ada kaitan dengan misi kitorang" kata Kiara.

Doktor ni pernah bekerja dengan Eclipse. Mesti dia ada maklumat berharga tentang syarikat itu.

"Baiklah"

Doktor itu betulkan kedudukannya dan menghadap lima gadis itu.

"Saya diupah oleh seorang daripada pekerja di situ. Tak salah saya dia ahli politik. Saya tak tahu kewujudan tiga syarikat ni Eclipse, Luna dan Gold Star"

"Kerja saya ialah tolong orang yang digunakan sebagai tikus makmal. Saya sangka kimia yang diuji tu untuk mantapkan bidang perubatan tapi lepas beberapa bulan baru saya sedar. Semua eksperimen itu tak masuk akal. Mereka menyeksa manusia yang tak bersalah"

"Eksperimen tu, mereka bakar manusia untuk uji ubat yang jadikan manusia kalis api, beku mereka untuk uji ubat yang jadikan manusia tahan sejuk tanpa pakaian tebal. Semuanya tak masuk akal"

"Saya lari dari syarikat tu lepas dapat tahu apa yang mereka buat. Mereka culik sesiapa sahaja dari keluarga yang tak bersalah. Tak ada siapa yang sangka kerja mereka begitu sebab ahli-ahli mereka ahli yang berkuasa. They don't value money, they value power and information"

"Bagi mereka, kuasa dan maklumat lebih berharga daripada duit. Mereka akan buat apa sahaja untuk dapatkan maklumat dan kuasa termasuk membunuh. Satu hari, saya ada dengar mereka bincang tentang anak Ace dan Diamond. Saya tak tahu pun Ace jaguh Luna berkeluarga. Mereka tengah cari rantai yang anak tu pegang. Benda tu ada maklumat penting yang boleh jatuhkan GS dan Luna"

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now