BAB 46
Lucy POV
Dua sudah berlalu dan Kiara masih belum pulang. Mereka semua sudah mula risau.
Di banglo Luna, mereka semua tak boleh duduk diam. Mereka semua berkumpul ruang tamu pagi itu. Sarah tinggal dengan Qaisara dan Haiqal.
Lucy dah beritahu rakan-rakannya tentang rancangan Kiara. Laura yang paling tak puas hati dengan tindakan Kiara yang tak sayang nyawa tu.
Evan masuk hospital dan koma. Shah dan Nazrul di hospital untuk jenguk keadaan Evan.
Lucy sudah mula risau tentang Kiara. Dia rasa dah tiba masanya dia beritahu ahli GS tentang Kiara dan King. Bila dia dapat lokasi Stargaze Tower dari Kiara, dia anggap Kiara mahu jumpanya tapi dia jumpa Evan terbaring atas bumbung. Lucy jumpa rantai Kiara di tangan Evan.
Selama dua hari itu juga, Lucy cuba selesaikan lokasi Jack dan Clover. Dia sudah beritahu situasi ni kepada rakan-rakannya.
Tiba-tiba Amanda dapat panggilan daripada Nazrul.
"Korang jom pergi hospital, Evan dah sedar" kata Amanda. Lucy keluh lega.
Evan mungkin orang terakhir nampak Kiara, mungkin dia tahu jawapan untuk masalah ni..
Mereka mula bergerak ke hospital. Tiba dia sana, hanya Lucy dan Tasha masuk wad. Ahli Luna lain hanya tunggu di luar.
Lucy tak nampak keluarga Evan di dalam wad. Ahli GS semua duduk di dalam bilik itu. Dia tanya Shah dan Shah kata keluarga Evan dah pun balik ke rumah.
Evan terbaring di atas katil. Mukanya lebam dan kepalanya dibalut.
"Taka da kecederaan lain selain luka di kepalanya. Doktor kata dia dipukul di kepala" kata Shah.
"Dia tak amnesia kan?"
"Nasib baik dia tak ada amnesia" kata Shah. Lucy keluh lega.
Tapi kalau Evan tak boleh gerak, macam mana nak kalahkan King? Dia target Dahlia dan Spade.
Lucy pusing dan bisik sesuatu kepada Tasha. Tasha hanya angguk dan keluar dari wad.
"Kau ok Evan? Kau ingat tak apa jadi?"
Evan hanya angguk lemah. Tak nampak langsung senyuman pada bibirnya. Evan mula cerita tentang kejadian sebelum dia pengsan. Lucy gigit pipinya. Dia tak sangka Kiara buat begitu.
Ahli GS terkejut bila dapat tahu Kiara anak Ace dan Diamond.
Tapi mesti dia ada sebab dia...
"Aku nak bagitau sesuatu, jadi aku nak korang dengar betul-betul"
Ahli GS semua diam. Mereka semua memandang Lucy.
"Kiara dah hilangkan diri selama dua hari. Kitorang tak dapat apa-apa mesej dari dia. Dia ada berunding dengan King. Selepas 14 hari, kalau dia tak bagi rantai dia tu, King akan bunuh orang yang dia sayang"
Evan urut dahinya dan alih pandangan ke tempat lain.
"Kiara? Ada orang dia sayang? Cold hearted girl like her have no one, Lucy.." katanya.
Ahli GS yang lain semua pandang Evan pelik. Lucy mendengus geram.
"Aku yang rapat dengan dia, aku tahu la dia macam mana"
"Mana tau kalau dia ada simpan rahsia dari kau?" kata Evan.
"Tu hak dia nak bagitau atau tak. Dia mesti ada sebab dia"
"Dia pakai topeng, apa yang kau tahu?"
"Gosh you are such an idiot! Dia buat macam tu sebab nak halang kau kejar dia. Kalau dia bincang baik-baik dengan kau, mesti kau nak ikut dia lawan King"
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
Fiksi UmumKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...