BAB 34

1K 65 0
                                    

BAB 34

Hari 4

Evan POV

Aku rasa aku dah pergunakan dia. Aku selamatkan rantai Kiara tu biasa je. Tak perlu nak hutang budi, tapi aku perlu tahu betul atau tak dia anak Ace dan Diamond.

Tapi haritu, dia tak tahu langsung pasal 3 syarikat tu.

Evan baring atas sofa sambil termenung. Tiba-tiba Ryan datang dan duduk atas kaki Evan.

"Argh sakit la bodoh kau tu berat!"

Ryan terus bangun dan duduk di sofa sebelah. Mukanya tersenyum.

"Aku dah panggil kau banyak kali, kau buat tak tahu je. Penat aku cakap dengan dinding tau! Kau berangan apa? Awek ehhhh?" kata Ryan.

"Main lepas cakap je kau ni"

"Ye la tu, haritu Shah cerita pasal..oh hah! Kiara kan?"

Evan hampir tersedak tapi cepat-cepat cover.

"Apa kau mengarut ni?"

"Apa-apa jelah, it's okay kalau kau tak nak mengaku sebab nanti aku akan tahu juga" kata Ryan sambil senyum.

Evan geleng kepalanya. "Apa yang kau nak cakap tadi?"

"Aku cakap yang aku nak keluar. Kau tak kerja kat kafe ke?" kata Ryan.

"Tak, bos aku bagi cuti" jawab Evan.

Airil turun ke ruang tamu. Dia pelik nampak Ryan duduk di atas sofa.

"Eh, kau tak keluar lagi? Tak takut Tasha tunggu?" kata Airil. Evan angkat kening sebelah. Ryan sengih.

"Tasha?"

"Kitorang berbincang je" jawab Ryan. Ryan keluar rumah.

Patut la pakai smart semacam, dating rupanya

"Kau tak ada apa-apa plan ke Airil?"

Airil geleng menjawab pertanyaan Evan. Seharian Evan asyik tengok TV. Dia pun dah bosan.

Nak buat apa eh?

Mata Evan tertumpu pada telefonnya. Jam tunjuk pukul 2 tengah hari.

Kacau minah tu ok juga.

Dia hubungi Kiara. Lama selepas tu, Kiara jawab panggilan.

"Hello"

"Apa kau nak?" kata Kiara dengan nada mendatar.

"Aku ada kerja untuk kau"

Evan dengar Kiara keluh di hujung talian. Evan tersenyum kerana terhibur dengan reaksi Kiara.

"Nak jumpa kat mana?" tanya Kiara.

"Jumpa depan mall yang dekat tengah bandar"

"Fine" Kiara terus putuskan panggilan.

Evan hanya tergelak kecil dalam hati. Baginya, Kiara tu lain daripada yang lain. Dia tak pernah jumpa gadis seperti dia.

"Kenapa senyum sorang-sorang?" tegur Airil.

"Mana ada" terus Evan buat muka serius. Airil geleng kepalanya.

Sebenarnya semua orang dalam rumah itu kecuali Evan dah tahu. Shah ada cerita kepada mereka tentang perangai Evan bila Kiara ada.

Kalaulah Evan sedar secepat mungkin.

"Aku nak keluar pergi mall. Apa-apa call"

"Ok" balas Airil. Evan tukar baju lengan panjang warna biru sebelum keluar.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now