BAB 13

1.1K 71 0
                                    

BAB 13

Kiara POV

"Tingkap?" cadang Lucy.

Kiara pandang tingkap bilik itu. Ada lima tali tergantung dari atas.

Thanks a lot Amanda.

Terdengar bunyi tapak kaki semakin dekat ke arah bilik yang diorang ada.

Aku tak boleh jalan.

Kiara rasa kepalanya sakit dan tidak lama lagi dia akan pengsan. Dia kehilangan banyak darah.

"Panjat guna tali tu cepat!" arah Amanda melalui alat komunikasi.

"Korang boleh jalan?" tanya Lucy kepada ahli GS itu.

Blaze dan Leo bangun dan jalan terbongkok-bongkok ke arah mereka. Flame patah dua-dua kakinya. Dia tak bangun langsung.

Kiara sedang bersandar pada Knight. Knight koyakkan lengan jaketnya untuk balut luka Kiara untuk elakkan kehilangan banyak darah lagi.

Lucy, Laura dan Tasha hanya pandang Kiara dengan rasa bersalah. Mereka yang patut berada di sisi Kiara tetapi situasi sangat kabut. Mereka membiarkan Knight bantu rakan mereka itu sebab mereka perlu bantu rakan Knight pula.

Kenapa aku lemah sangat? Lelaki ni musuh aku tapi kenapa dia masih tolong aku?

Kiara mengeluh. Lucy dan Tasha tolong Blaze dan Flame berjalan. Laura angkat Flame di belakangnya.

"Aku tak berat ke?" tanya Flame. Nadanya sedikit terkejut. Laura hanya geleng.

I can't believe I'm doing this.

Knight angkat Kiara pada belakangnya. Kiara mendengus sakit kerana lukanya terlanggar siku Knight.

"Kau ok tak?" tanya Knight.

"Diamlah"

"Pegang bahu aku" kata Knight.

"Tak nak"

"Kau nak jatuh ke?"

Tangan Kiara genggam bahu Knight dengan kuat supaya dia tak jatuh dari bahunya.

"Let's go" kata Tasha. Dia arahkan Knight supaya bersedia untuk melompat.

Gadis-gadis Luna berlari ke arah cermin tingkap dan cermin tingkap pecah. Blaze dan Leo ikut dari belakang. Kiara dipegang kuat oleh Knight.

Mereka sempat tangkap tali itu dan panjat ke atas menuju ke bumbung bangunan tinggi itu.

"Kau siapa sebenarnya?" tanya Knight kepada Kiara.

"Perlu ke bagitau"

Tiba-tiba Kiara rasa lukanya berdenyut. Dia sandar mukanya pada belakang Knight untuk tahan suaranya dari mengerang sakit.

"Queen-" panggil Knight.

"Diam"

***

Evan POV

Perempuan ni serius ringan. Walaupun dia pembunuh, dia tetap seorang manusia yang rasa kesakitan.

"Queen-"

"Diam" kata Queen.

"Queen, kau okay?"

"Please stop talking"

Aku cuma kesian kan dia je.

"Tak aku cuma-"

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now