BAB 17

1K 69 2
                                    

BAB 17

Luna POV

"Agaknya berapa lama dah kita kat sini?" tanya Laura.

"Belum sampai sebulan" kata Amanda.

"Kalau kita tak siap kerja kita bulan ni, tempoh masa kita akan bertambah. Korang nak ke tinggal kat bandar ni lama-lama?" kata Kiara.

Mereka semua mengeluh perlahan.

"Oh ya, aku tak pernah tahu nama bandar ni" kata Tasha.

"Tak salah aku nama bandar ni 'Aqua City'" kata Lucy.

"Well that's a stupid name" kata Laura.

"Nama tu tepat juga sebab bandar ni dekat dengan laut. Aqua maksudnya 'air' dalam bahasa Latin" kata Amanda.

"Lame, kalau aku presiden, aku akan ubah nama bandar ni" kata Tasha.

"In your dreams" kata Kiara.

Mereka semua sedang duduk di ruang tamu. Kiara dan Lucy sedang belek-belek fail.

"Kiara, fail yang kita ambil dari Eclipse minggu lepas tu pasal apa?" tanya Laura.

Kiara belum lagi bagitau yang fail dia ambil itu tentang Heart bukan tentang King.

"Aku suruh Izz siasat fail tu, tapi aku dah catat semuanya" Kiara beri mereka buku nota. Dalam buku tu ada maklumat yang dia catat.

"Syazryna Adelia, 23 tahun, mula kerja 24 Januari 2011 masa umur 17 tahun, nama samaran Heart. Dipanggil Heart kerana dia selalu serang hati musuh sama ada fizikal atau mental" Lucy baca dengan kuat.

"Siapa perempuan ni?" tanya Amanda.

"Dia ahli Eclipse yang kitorang belasah. Dia dah mati" kata Kiara.

"Syazryna, perempuan rambut merah tu eh? Ryna?" kata Tasha.

"Yeah, unfortunately" jawab Kiara.

"Heart? Jangan-jangan dia jaguh Eclipse tak?" kata Lucy.

Kiara angguk.

"No way" Laura tergelak kecil.

Mereka semua dah belajar tentang jaguh-jaguh tiga syarikat ni sejak mula kerja dengan Luna. Cuma mereka tak tahu siapa kerja dengan syarikat mana.

"King dan Heart. Kita dah tahu diorang kerja dengan Eclipse" Lucy bercakap dengan nada perlahan.

"Kau untung Kiara, Madam Serena bagi nama samaran kau 'Queen'. Untung kau dapat masuk dalam Team 52. Ni yang buat aku jealous " kata Tasha sambil naikkan kakinya ke atas sofa.

Kiara hanya diamkan diri. Bagi dia, perkara ini bukan hal yang besar. Dia tidak peduli tentang pangkat, kerja tetap kerja. Lucy silang kakinya.

Tiba-tiba telefon Tasha berbunyi.

"Yo, what's up?" jawab Tasha.

Mereka semua pandang sesama diri. Jarang orang call Tasha.

"Nak cakap dengan Kiara? Aww, kenapa tak cakap dengan aku je?"

"Tak ada orang nak cakap dengan kau sebab kau tu gila" kata Laura. Tasha baling kusyen kepada Tasha.

"Okay fine" Tasha berikan fon kepada Kiara.

"Nah boyfriend kau nak cakap" katanya lagi.

"What? Kiara kau ada boyfriend?" Amanda terkejut.

"Masa aku terlalu berharga untuk dibazirkan dengan lelaki" kata Kiara.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now