BAB 30

898 58 0
                                    

BAB 30

Kiara POV

Di ruang tamu banglo Luna, gadis-gadis Luna mengubati dan membalut luka masing-masing. Kiara duduk di atas sofa.

Fahrin dan Izz sudah pulang ke rumah masing-masing. Sudah dua jam berlalu selepas kejadian di pangkalan Eclipse.

Kiara kepenatan dan dia tidak boleh melepaskan dendamnya terhadap pengkhianat itu. Tasha yang selalunya ceria tiba-tiba jadi diam.

"Kaki kau mungkin kena simen. Sama ada kau nak pergi hospital atau aku call doktor peribadi Luna datang sini" kata Lucy.

"Kiara, apa jadi?" sambungnya lagi. Lucy mahu tahu apa yang King katakan kepada Kiara.

Kiara hanya diam. Dia sudah penat dan tidak mahu jawab pertanyaan itu. Dia mahu ke peti sejuk untuk ambil paket ais tapi dihalang oleh Amanda.

"Dah tahu patah kaki masih nak jalan" kata Amanda sambil serahkan paket ais kepada Kiara. Kiara ambil dengan kasar dan tekup ais pada mukanya.

"Tasha kenapa senyap je?" tanya Laura.

"Tak ada apa, aku penat je. Aku masuk bilik dulu" kata Tasha sambil berjalan naik tangga.

Gadis Luna yang lain hanya diam. Mereka pelik dengan sikap Tasha yang pendiam dan Kiara yang tidak pernah menunjukkan riak apa-apa tiba-tiba menjadi pemarah.

"Kitorang kena tahu apa jadi. Kiara, kitorang nak faham situasi sekarang" kata Amanda.

"Nanti aku bagitau"

Dia perlu pastikan siapa pengkhianat itu baru dia akan buka cerita. Kiara memalingkan mukanya.

"Nak kitorang angkat kau masuk bilik?" tanya Laura.

"Kiara perlukan ruang untuk fikir. Dia pun penat macam kita. Biarkan dia" kata Lucy.

Lucy yang paling memahami Kiara. Mereka bertiga masuk ke bilik masing-masing. Kiara duduk seorang diri di ruang tamu.

Dia bersyukur dengan kesunyian dan ruang yang diberikan untuk dia berfikir. Pengkhianat ni patut dibunuh, tapi betul ke Kiara boleh bunuh sahabat sendiri?

Dia tak patut rapat sangat dengan mereka.

Aku kena tahu pengkhianat ni siapa. Kalau dia tak dihapuskan, semua rancangan Luna tak akan menjadi.

Lucy? Mungkin, dia pandai tapi dia bukan penyabar. Kalau dia, dia mesti dah lama bertindak. Dia tahu aku selalu pakai rantai tu.

Amanda? Dia tak pandai menipu.

Laura? Licik, kalau dialah orangnya, mesti dia dah lama curi rantai tu.

Tasha? Dia pandai berlakon. Mungkin dialah orangnya, tapi dia senyap harini.

Kiara naik ke bilik Tasha. Dia melompat-lompat pada anak-anak tangga. Berhati-hati tak menggunakan kakinya yang patah. Tasha seorang yang pandai lakon tapi tingkah laku dia malam-malam ni sangat pelik.

Pintu bilik Tasha diketuk tiga kali. Tasha tak menyahut ataupun buka pintu. Kiara pulas tombol pintu dan masuk.

Tasha sedang duduk di balcony. Kiara berjalan ke arahnya.

"Apa kau buat kat sini?"

"Ni bilik aku Kiara, suka hati aku la nak buat apa" kata Tasha.

Kiara duduk perlahan-lahan di sebelah Tasha. Angin dingin malam tiup rambut mereka.

"Kau tahu dah kan? King cakap ada orang dari Luna tolong dia. Aku nak tanya, kau ke orang tu? Kau tiba-tiba jadi senyap bila jumpa King. Aku andai kau yang buat"

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now