BAB 29
Kiara POV
Pukul 12 tengah malam, mereka semua bergerak. Uniform hitam berlambang Luna dipakai. Mereka semua tunggu berdekatan bangunan Celestial Technology.
Kiara menyorok rantainya di dalam baju.
"Spade, Freeze, Lily, korang tunggu kat luar sedia dengan backup"
Mereka bawa senjata-senjata mereka yang biasa mereka bawa. Mereka semua memakai topeng hitam dan night vision goggles.
"Yang kita nak lawan ialah King. King suka berunding dulu, tapi jangan tertipu, dia selalu belot" Fahrin beri amaran.
"Kita serang kalau diorang serang" sambungnya.
"Get ready guys, Eclipse dah tahu siapa Queen" kata Lucy.
Mereka semua angguk. Lucy, Laura dan Tasha ikut jejak Kiara. Waktu malam buat kerja mereka senang. Seperti biasa, Laura hack sistem security dan putuskan bekalan elektrik bangunan itu.
Bangunan gelap dan CCTV tidak berfungsi. Mereka berjalan ke pintu masuk utama.
"Woi!"
5 orang pengawal berdiri di pintu. Mereka tembak peluru ais dan semuanya rebah. Mereka masuk.
"Jangan yakin sangat. Kita berpecah 2-2" kata Lucy.
"Kau dengan Dark. Aku dengan Crystal"
Mereka semua berpecah. Kiara dan Tasha masuk pejabat utama.
"Aku pelik kenapa kau nak partner dengan aku" kata Tasha sambil senyum sinis.
"Kau dan Laura pandai tarik perhatian. If anything happens, kau serang dulu dan aku serang belakang"
Mereka cari dalam gelap. Bangunan kosong kerana waktu kerja pekerja di syarikat itu dah lama habis, jadi yang tinggal hanya ahli Eclipse.
"Dapat apa-apa?"
"Tak ada apa-apa" kata Tasha.
Tasha terlanggar kerusi. Kerusi itu jatuh. Kiara berkerut dan pandang Tasha.
"Sorry" kata Tasha perlahan.
Mereka tak jumpa apa-apa, mereka mula naik tangga ke tingkat seterusnya.
"I don't know about you, tapi aku tak yakin yang kali ni kita boleh berjaya" kata Tasha.
"Kita ada Spade, dia dah banyak kali lawan ahli Team 52. Kalau kita tak berjaya pun, kita kena tahu siapa King"
Mereka ke bilik kawalan.
"Queen, kitorang kat bilik fail. Pelik, fail King sorang je tak ada. Sama ada diorang simpan tempat lain atau-"
Belum sempat Lucy habiskan ayat melalui alat telekomunikasi, Laura menyampuk.
"We got a problem. Eclipse dah sampai. Kebanyakannya robot. Kitorang boleh selesaikan, kau cari King. Cepat sikit"
Kiara dan Tasha pandang sesama sendiri. Mereka masuk bilik kawalan. Sebuah meja dan kerusi berada di hujung bilik.
"You found me"
Kiara dan Tasha tegang dengar suara garau menegur mereka. Seorang lelaki memakai sut dan bertopeng duduk di kerusi.
"Smart girl Queen, letak alat penjejak kat aku" kata lelaki itu.
Tasha hanya diam. Baru sekarang dia dapat tengok King dari dekat. Muka lelaki tua itu macam pernah dia kenal.
Matanya menjadi beku dan mukanya berkerut bila dapat ingat semula. Lelaki itu pernah terlibat dalam kisah silamnya.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...