BAB 26
Kiara POV
Mereka sudah menyelesaikan misi. Langit kelihatan nak hujan. Angin kencang meniup rambut pendek Kiara.
"Spade, kau balik dulu. Aku nak jalan-jalan kejap. Kau bawa balik senjata aku."
Kiara serahkan pedang katana dan pistolnya. Riak muka Fahrin berubah. Emosi risau ditunjuk secara tak sengaja, tapi dia sempat cover. Nasib baik Kiara tak perasan.
Fahrin macam nak katakan sesuatu tapi akhirnya dia angguk. Fahrin beredar.
Kiara panjat satu bangunan tinggi. Kiara tarik nafas dalam-dalam. Udara sejuk pagi buta itu sangat menyegarkan. Dia berdiri di hujung bumbung. Kalau tersalah langkah, boleh jatuh.
Lampu-lampu jalan menerangi bandar. Bintang dan bulan penuh di langit. Dia duduk dan kakinya terjuntai. Kepalanya penuh dengan memori silam.
Tiba-tiba hujan turun, mula-mula ringan kemudian semakin lebat.
Ugh, aku tak suka basah.
Dia berdiri dari tempat duduknya. Malangnya, dia tergelincir dan terjatuh. Rambutnya ditiup angin kencang.
Akhrinya, dia mendarat dengan kakinya apabila jejak tanah.
Perutnya berbunyi. Dia buka topeng mulutnya. Topengnya dibiar tergantung di leher.
Mungkin ada kedai makan yang masih buka.
Dia berjalan dan nampak kedai makan dibuka 24 jam. Dia masuk dan ambil tempat duduk. Tak ramai orang. Seramai 40 orang pelanggan dalam kedai tu.
"Saya nak sup kambing dan roti. Air teh ais" kata Kiara kepada pelayan.
Pelayan itu angguk. Tak lama selepas itu makanannya sampai. Dia buka sarung tangannya.
Baru sahaja Kiara nak menikmati hidangan, sekumpulan perompak serbu kedai.
"INI SATU ROMPAKAN. SERAHKAN DUIT ANDA!"
Damn, siapa yang berani kacau aku makan?!
Kiara tidak suka diganggu apatah lagi semasa dia sedang makan. Perompak itu bersenjata pistol. Semua pelanggan diugut. Masing-masing tunduk bawah meja. Mereka dah jadi tawanan.
Kiara mengeluh dan sambung makan. Sup dihirup.
"Hei! Tangan di atas kepala! Tunduk sekarang!" kata salah seorang perompak itu.
Kiara menjeling ke arah pelayan tadi. Dia beri isyarat.
Dah call polis ke belum?
Pelayan tadi angguk, cuak menjawab renungan Kiara. Kiara pakai semula topeng dan sarung tangannya.
"Kau pekak ke HAH?" pistol diacu ke kepala Kiara.
Kiara panjat ke atas meja secara tiba-tiba. Mangkuk sup diangkat dan dibaling ke arah perompak itu.
Sup panas masuk ke mata perompak. Mukanya melecur. Serpihan mangkuk di lantai. Gelas teh ais dicapai dan baling ke arah perompak lain.
Kaca gelas masuk ke dalam luka perompak itu. Kiara bergerak dengan pantas. Dia sempat memerhati situasi sekelilingnya.
Pemilik kedai dan pelayan arah pelanggan keluar dari kedai. Kiara ambil pinggan mangkuk. Semuanya dibaling ke arah perompak-perompak itu. Semua tembakan yang dilepaskan, Kiara dapat elak.
Menyesal aku bagi Spade senjata aku, nak makan pun susah.
Kiara bertumbuk sambil memerhati persekitarannya. Pinggan mangkuk semuanya dah pecah.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...