BAB 4

1.4K 101 0
                                    

BAB 4

Kiara POV

Mereka pulang ke pangkalan Luna pada pukul 12 tengah malam.

"Kenapa diorang jejak kita? Bukan ahli Luna yang lain?" kata Tasha.

"Aku rasa kita patut bagitau Madam Serena" kata Lucy.

Kiara hanya diam. Dalam kepalanya, dia cuba susun semua kepingan misteri tentang surat itu dan latar belakangnya.

Mereka berempat ke bilik Madam Serena. Tiba di pintu kayu yang dicat kelabu, Lucy ketuk pintu.

"Masuk" suara perempuan yang berumur menjemput mereka.

Mereka berempat masuk. Madam Serena duduk di kerusinya. Empat gadis itu buka topeng mulut mereka.

Madam Serena mengangkat kening sebelah.

"Kitorang terpaksa bunuh Tuan Asyraf sebab dia menyerang. Dia paksa kitorang kerja dengan dia sebagai bodyguard. Dia takut sebab surat ugutan ni" kata Lucy straight to the point.

Surat ugutan diletak atas meja Madam Serena. Madam Serena ambil dan baca surat itu.

"We think it is not for him. It's for us " kata Lucy lagi.

Madam Serena keluh. Dia tahu yang surat itu bukan untuk Tuan Asyraf. Tiada sesiapa tahu yang Tuan Asyraf upah Kiara dan Lucy kecuali Luna.

"I'm afraid you are right " kata Madam Serena.

Dia pandang Lucy, Laura dan Tasha.

"Tapi surat ni bukan untuk kamu juga" Madam Serena pandang Kiara. "Ni untuk Kiara" sambungnya.

"Kenapa Eclipse nak Kiara? Kenapa diorang jejak dia?" kata Tasha sedikit terkejut.

Kiara berasa geram. Apa yang madam hendak katakan mungkin jawapan kepada apa yang di abaca dalam fail pagi tadi.

"Sudah tiba masanya saya beritahu kamu. Tapi janji dengan saya yang kamu tak akan bagitau sesiapa " kata Madam Serena.

Mereka angguk.

"Kiara, kamu anak Ace dan Diamond"

Kiara mula berasa marah. Madam mengatakan apa yang berada dalam fail itu benar. Lucy, Laura dan Tasha hanya terkejut.

"Maksud Madam, Ace si pembunuh upahan Luna yang lagenda dan Diamond si jaguh Gold Star?" kata Laura.

Jadi, ayah Kiara ialah jaguh syarikat bodyguard, Gold Star. Kiara makin berasa dirinya ditipu.

"You got to be kidding me " kata Lucy dengan nada rendah. Dia seperti tidak percaya dengan kata-kata Madam Serena. Kalau Lucy pun tidak percaya, apatah lagi Kiara.

Madam Serena angguk.

"Ace langgar peraturan Luna. She fell in love with a bodyguard. Our enemy " sambungnya.

"Diorang kahwin dan dapat kamu. Eclipse kejar mak ayah kamu sebab mereka berdua jaguh kedua-dua syarikat yang terkuat" Madam Serena pandang Kiara yang sedang memandang lantai.

"Diorang nak ambil anak Ace dan Diamond. Because you have something they want. Ini yang saya sendiri tak tahu apa yang Ace beri pada kamu" kata Madam Serena.

"Ace dan Diamond mati pada hari jadi kamu. Eclipse pecah masuk rumah mereka. Mereka dibunuh oleh penolong kanan Eclipse."

"Ace ada panggil Luna untuk backup bukan Gold Star. Gold Star boleh lindungi diorang tapi dia panggil Luna. Bella yang jumpa kamu masa kamu sedang menangis. Kamu memakai rantai simbol matahari dan bulan dan memegang kad Ace Diamond"

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now