BAB 50
Evan POV
Dua hari berlalu, ahli GS semua sudah selesai kerja mereka tentang kejadian tiga bulan lepas. Pangkat mereka dinaikkan. Sekarang, mereka spy Gold Star seperti Clover dan Jack.
Di rumah mereka, mereka semua terbaring di ruang tamu. Hari sudah petang.
"Panasnya cuaca" rungut Ryan.
"Bosan" kata Airil.
Mereka sedang tengok TV di ruang tamu. Shah baring atas sofa dengan Evan. Airil dan Ryan baring atas lantai.
"Sekurang-kurangnya lantai sejuk" kata Airil.
"Kau tak pasang aircond ke?" tanya Shah tapi matanya tertumpu pada skrin
"Pasang" kata Airil.
"Kenapa kita tak pergi bercuti macam diorang" kata Ryan.
"Kita tak ada masa nak bercuti" kata Shah. Ryan dan Airil mengeluh.
"Esok diorang balik kan? Aku harap diorang belikan kita sesuatu" kata Ryan.
"Diorang belikan sesuatu? Tak mungkin diorang akan ingat kita apatah lagi belikan sesuatu untuk kita"
Mereka semua pandang Evan.
"Why are you so bitter? Ada masalah dengan bidadari kau ke" tanya Airil sambil senyum sinis.
"Nasib baik aku suka Tasha. Kiara is cold as ice - ADUHH! Kenapa kau siku aku?" Ryan disiku oleh Airil.
"Aku cuba kejar dia, dia lari dari aku"
"Tak apa, ada ramai lagi kat luar sana" kata Shah.
"Kau dah cuba bagitahu dia?" tanya Airil.
"Banyak kali tapi dia tak pernah percayakan aku"
"Mungkin dia seseorang yang susah nak percayakan kata-kata, jadi apa kata kau 'tunjuk' dia?" kata Ryan.
"Macam mana? Dia tak suka benda-benda yang macam barang kemas bagai"
"Siapa kata kau perlu belikan dia sesuatu?" kata Shah.
"Kau tunjuk dengan cara sokongan" kata Airil. Shah tiba-tiba dapat panggilan daripada Tuan Zafuan, ketua Gold Star.
"Ya?"
"Pukul 8 malam? Ok, nanti kitorang datang"
Shah putuskan panggilan.
"Ada misi, pukul 8 kat House of Glass" kata Shah.
"Akhirnya! Ada alasan untuk elak perbincangan kita tadi, awkward doh" kata Ryan. Dia disiku oleh Airil lagi sekali.
"Siapa yang kita kena protect?" tanya Airil.
"Kita tak protect sesiapa kali ni. Kita kena berhentikan perlawanan haram" kata Shah.
"Bukan tu kerja polis ke?" rungut Ryan.
"Entah la, Ril kau cari maklumat lebih lanjut pasal House of Glass" kata Shah.
Airil angguk. Dia keluarkan fon dan mula cari.
"House of Glass tempat gangster bandar, Darkness. Diorang buat perlawanan ni untuk dapatkan duit. Kira macam judi la, penonton buat pertaruhan dekat pelawan yang diorang nak menang" kata Airil.
"Tapi sebelum ni, jaguh diorang Cerberus dikalahkan oleh Artemis. Perempuan pertama yang sahut cabaran. Dia bawa pulang duit. Memalukan betul Cerberus ni" sambungnya.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...