BAB 9

1.2K 74 0
                                    

BAB 9

Gold Star POV

"Cepat la! Mengalahkan perempuan la kau siap!" marah Airil.

"Tahu tak definisi sabar?" jeling Ryan.

"Ughh, aku tunggu kau siap dah sejam! Evan dengan Shah mesti tunggu" kata Airil.

"Yelah-yelah, pakcik. Jom"

Mereka bawa beg mereka turun ke lobi. Shah dan Evan menunggu sambil menyilang tangan mereka.

"Lambat" kata Evan sepatah.

"Ryan yang lambat siap" jeling Airil.

"Alaa, bukan lambat setahun pun" dengus Ryan.

"Masa tu berharga" Shah jeling.

"Nazrul naik dengan kita. Dahlia naik kereta sendiri. Dah jom" kata Evan.

Mereka masuk ke dalam kereta Porsche milik Shah.

"Aku rasa dah tiba masanya korang beli kereta sendiri" keluh Shah.

"Nanti kitorang belilah" kata Airil selamba. Mereka pun bergerak ke destinasi mereka.

"Jauh ke?" tanya Ryan.

"Lebih kurang 5 jam kalau tak traffic jam.." jawab Shah.

Masing-masing dengar lagu di radio yang dipasang.

***


"Ugh, sampai pun" Ryan mengeliat.

Mereka semua sampai di depan rumah semi D selepas beberapa jam duduk di dalam kereta. Gold Star ada bangunan syarikat di bandar ni. Kereta Porsche parking di halaman rumah.

"Jom masuk" ajak Evan. Mereka semua masuk ke dalam rumah itu.

"Boleh tahan" kata Nazrul.

Mereka melihat sekeliling rumah dan pilih bilik masing-masing. Nasib baik bilik cukup-cukup lima. Lepas kemas beg, mereka turun ke ruang tamu.

"Haih, penat" keluh Airil.

"Laa.. aku baru nak ajak jalan-jalan sekeliling bandar" kata Shah.

"Kau dengan Evan pergi lah, penat la" kata Ryan.

"Lembik" kata Airil. Sengaja cari gaduh.

"Eleh kau pun sama" balas Ryan.

"Aku bukan mesin kerja 24 jam"

Ryan jeling dengar jawapan Airil.

"Sudah-sudah la tu. Kitorang nak keluar. Nak kirim apa-apa?" tanya Evan.

"Oh, wei. Belikan barang dapur. Pandai-pandai la kau senaraikan barang..." kata Nazrul.

"Lagi?"

"Oh umm, beli nasi goreng kampung dan teh ais.." kata Ryan.

"Bukan main eh kau order. Baik kita semua keluar makan" kata Shah.

"Ok" mereka semua jawab serentak.

"Eh, tadi kata penat.." kata Evan.

"Demi makanan, aku sanggup" kata Ryan. Airil angguk setuju.

"Naz, jom ikut" ajak Airil.

"Aku ok je" Nazrul sengih.

Mereka semua masuk ke dalam kereta Shah.

"Ok lepas ni, kita pergi kedai motor atau kereta.." kata Shah.

"Kau belanja kitorang ke, wahai driver?" kata Ryan.

"Banyak cantik kau" jeling Shah.

Mereka semua gerak ke kedai makan yang terdekat. Mereka masuk ke kedai makan itu.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now