BAB 14
Evan POV
Pukul 2 pagi, mereka semua tiba di rumah. Mereka semua mengambil tempat di ruang tamu. Masing-masing berlumuran dengan darah.
"Sakit la gila!!" Satu rumah dengar jeritan Ryan. Topeng dan jaket mereka dibuka.
"Aku cuma gerakkan kaki kau je" kata Nazrul.
Nazrul alihkan kaki Ryan ke atas sofa. Ryan patah dua belah kakinya.
"Gila brutal perempuan-perempuan tu" kata Airil.
Dia baru keluar dari tandas selepas muntah darah. Badan Shah dan Airil penuh dengan lebam-lebam dan calar-calar. Muka mereka biru dan ungu.
"Evan, pergi ambil peti kecemasan. Esok korang semua pergi hospital" kata Nazrul. Evan pergi ke dapur.
"NO!" jerit Airil dan Ryan.
"Dah kena tibai teruk-teruk, masih nak berlagak kuat?"
Evan kembali ke ruang tamu dan beri Nazrul peti kecemasan. Ryan dan Airil mencebik.
Ishh, macam-macam diorang ni.
"Kalau doktor tanya kenapa nak jawab apa?" tanya Shah.
"Pandai-pandai la aku jawab" kata Nazrul
Dia ke tandas dan kembali ke ruang tamu dengan besen penuh dengan air dan dua kain lap bersih. Dia naik atas ke bilik kawan-kawannya dan turun dengan empat baju bersih. Airil dan Shah merawat luka-luka mereka sendiri.
Mereka buka baju dan lap luka mereka dengan kain. Mereka sapu ubat antiseptic sebelum balut luka mereka dengan kain dan kapas. Nazrul baling dua baju bersih kepada Airil dan Shah.
"Tak boleh ke bagi elok-elok" kata Airil.
Nazrul merawat Ryan. Ryan buka bajunya. Dia lap darah-darah kering dan balut luka-luka besar dengan kain kasa. Nazrul letak bantal bawah kaki Ryan dan luruskan kedua-dua kaki dia.
"Sakit la!" Ryan menjerit kesakitan.
"Aku dah buat perlahan-lahan dah" kata Nazrul. Nazrul lap luka di kaki Ryan dan sapu ubat antiseptic.
"Bila kali terakhir kau shave bulu kaki kau?"
Ryan pukul kepala Nazrul.
"Hoi, apa main kepala orang!" kata Nazrul.
"Hei, aku baru shave minggu lepas!" kata Ryan.
"Minggu lepas ke tahun lepas? Macam hutan dah kaki tu" bisik Airil.
Ryan balik kusyen ke muka Airil.
"Aku dengar la!" kata Ryan.
"Oh, ingatkan pekak" kata Airil lagi. Ryan baling satu lagi kusyen ke Airil arah tapi terkena Shah.
Shah jeling tajam Ryan. Tangannya genggam kusyen.
"Ish, anak orang utan ni. Ni baru kaki yang jadi hutan, ketiak tu belum tentu dah cukur" kata Shah.
"Hei, bulu ialah tanda kelakian" kata Ryan.
"Dah la tu, geli tahu tak? Aku tak nak dengar pasal bulu Ryan"
Mereka semua pandang Evan yang dari tadi senyap.
"Eleh acah cool konon" kata Ryan. Nazrul tolak dua belah kaki Ryan dengan kuat.
"Argh sakitlah!" jerit Ryan.
"Tahu pun. Tolong diam supaya aku boleh ikat kaki kau dengan aman" Nazrul ikat kaki Ryan guna kain.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
Fiksi UmumKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...