BAB 33

950 66 0
                                    

BAB 33

Kiara POV

Hari 3

Hari sudah petang. Kiara tidak keluar dari biliknya sejak pagi. Kiara duduk di atas katilnya sambil tengok gambar dan isi-isi fail Diamond.

Dia duduk di atas katilnya sambil tengok gambar Diamond.

Diamond mata coklat dan kulit gelap sikit. Hidung mancung sama macam Kiara.

Nama penuh..Zairul Ikhwan

Tempoh bekerja
14 September 1992 - 16 April 2005..

Kiara baca lagi.

Diamond mati dibunuh King. Dapat beberapa anugerah bodyguard terbaik. 15 misi berjaya dengan cemerlang. Ketua untuk kumpulan bodyguard muda.

Ayah aku not bad.

Kiara tersenyum kecil. Ayah dan mak dia memang berlainan. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dia keluarkan fail berisi dokumen-dokumen penting tentang Sarah.

Sarah Dania binti Tan Sri Naufal
Tarikh lahir 18 Ogos 2004

Kiara semak semua dokumen dan surat beranak. Dia fikir banyak kali kenapa dia selamatkan budak ni daripada Eclipse. Dia sendiri tak tahu apa yang dia rasa sekarang.

Apa yang dia tahu ialah dia akan jaga budak ni sampai Eclipse dah dikalahkan. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

Lucy berdiri di pintu. Kiara tidak memandang Lucy.

"We need to talk" kata Lucy.

"Tak ada apa yang nak dibincangkan"

"Aku tahu kau ada sorokkan sesuatu daripada kitorang" kata Lucy.

Macam mana la aku nak bagitau korang kalau salah seorang daripada korang tu berkomplot dengan Eclipse?

"Aku tak sorok apa-apa. I have nothing. You can get out now"

"Boleh tak kita selesaikan benda ni secara matang? Perangai kau kebelakangan ni macam budak-budak kau tahu?"

Kalaulah kau tahu Lucy, mesti kau buat perkara yang sama macam apa yang aku buat..

"Matang? Jadi tumbuk orang masa tengan berbincang tu matang?"

Lucy ketap giginya. Kiara bersuara sebelum Lucy dapat berkata apa-apa.

"Kau akan tahu nanti tapi sekarang, kau perlu percayakan aku"

"Macam mana aku nak percayakan orang yang dah berhati lembut? Kita pembunuh, Kiara. Kita bunuh orang untuk hidup dan kau dah berhati lembut" kata Lucy.

Kiara diam. Dia dah tak tahu nak kata apa. Apa yang Lucy cakap tu ada benarnya.

'Berhati lembut' bukanlah satu pujian bagi pembunuh macam mereka.

Kiara berdiri dan menghadap Lucy.

"Kau tak tahu apa yang aku tahu. Jadi jangan main lepas cakap. Tolong keluar dari bilik aku"

"Then tell me what it is!"

"No! Get out, now!"

Kiara tunjuk jari telunjuknya ke arah pintu. Lucy mendengus dan keluar dari bilik. Kiara perlu selesaikan siapa pengkhianat tu secepat mungkin. Hubungan dia dan Lucy akan hancur tak lama lagi.

Kiara ambil telefonnya dan telefon Bella. Pelatihnya di pangkalan Luna.

"Hello? Ni Queen, Madam Serena dah masuk?"

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now