BAB 38
Hari 8
Kiara POV
GS datang ke rumah Luna untuk berlatih. Izz tolong mereka berlatih di bilik latihan. Sarah di ruang tamu menonton TV. Hanya Kiara seorang tak ikut berlatih.
Dia dalam biliknya untuk teliti fail dalam rantai itu. Dia teringat fail tentang rahsia Luna. Dia terus tekan fail itu.
Setiap tragedi pekerja Luna dirancang?
Dalam fail itu ada beberapa profil pekerja Luna termasuk latar belakangnya.
Bila fikir balik, Madam Serena, tak pun ahli atasan selalu muncul lepas peristiwa tu berlaku. Madam Serena memang sukakan penderitaan. This is so foolish. Semua peristiwa berlaku waktu malam.
Setiap profil dibaca. Makin lama, situasi makin logik. Madam Serena perlukan pekerja yang memahami penderitaan. Dengki, dendam dan kemurungan menjadi motivasi untuk seseorang membunuh.
Senang cakap la kan, semua ni pesakit mental.
Untuk laksanakan syarikat, Madam Serena pilih beberapa orang yang nampak broken yang nampak ada kebolehan untuk membunuh.
Tapi hancurkan hidup orang semata-mata sebab syarikat tu, tak ke tu pentingkan diri? Destroy other people lives just because hers was destroyed?
Madam Serena bermain dengan minda orang. Dia ada kebolehan untuk manipulasi minda orang. Kiara nampak fail sejarah Luna. Dalam fail itu ada sejarah nama yang dipilih Luna dan macam mana syarikat tu dibina.
Luna maksudnya bulan dalam bahasa Latin. Logo bulan syarikat Luna lambangkan harapan dalam kegelapan. Madam Serena pilih nama Luna sebab dia lahir pada waktu malam.
Misi dia menghukum sesiapa yang buat rosakan di bumi dengan membunuh.
Uniform Luna hitam untuk tak senang dijejaki pada waktu malam. Madam Serena cari orang yang jatuh dalam kegelapan sama macam dirinya untuk bina syarikat itu dengan lebih senang.
Jadi konklusinya, dia bunuh orang dan pura-pura tolong orang tu? Psycho.
Bukan hak dia untuk menghukum.
Makin lama Kiara baca lagi dia pening. Tiba-tiba fonnya berbunyi. Nama yang tertera pada skrin buat dia marah.
Dia jawab panggilan itu.
"Apa kau nak?"
"Hey Queen, malam ni jumpa kat bumbung arcade dekat dengan mall tengah bandar. We got stuff to do" kata Fahrin di hujung talian.
Nada Kiara mendatar. "Pukul berapa?"
"Tengah malam. Jangan lupa" Fahrin putuskan talian.
Sah, ni satu perangkap. Pangkalan Luna boikot Kiara, jadi kenapa pangkalan menyuruhnya membuat misi? Rantai itu dipakai semula dan disorok. Dia terus ke bilik latihan.
"Korang, Spade call kata aku dengan dia ada misi"
Yang lain berhenti berlatih dan pandang Kiara. Malam ni, rancangan mereka akan dilaksanakan.
"Serious? Aku rasa Bella tak cakap dengan aku yang ada misi. Kebelakangan ni, pangkalan Luna senyap. Diorang tak keluarkan arahan" kata Izz.
"Sah Spade tipu" kata Laura. Dia duduk di bangku dengan kakinya disilang.
"Jadi kau akan belasah dia? Kau pasti tak perlukan kitorang?" tanya Shah.
"Aku perlukan backup. Dia suruh jumpa kat arcade tengah bandar. Tak salah aku nama arcade tu Neon Arcade. Kalau aku tak datang balik dekat korang lepas 30 minit, cari aku. Aku akan tinggalkan sesuatu"
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...