BAB 23

1K 64 3
                                    

BAB 23

Kiara POV

Kiara berlawan dengan dua lagi peserta dalam pertandingan itu dan dia tetap menang dalam setiap pusingan.

Kiara keluar dari arena selepas selesai. Badannya lebam dan sedikit calar. Dia renggangkan bahunya.

Training kat Luna lagi sakit.

Dia keluar ke kaunter jumpa lelaki baju merah yang menjaga kaunter tu.

"Aku dah sahut cabaran kau"

Lelaki itu jeling tidak puas hati dan beri pistol tu kepada Kiara. Kiara senyum kemenangan. Lelaki itu juga beri beg berisi hadiah wang pertandingan kepadanya.

Kiara periksa beg wang itu.

My lucky day.

Kiara berjalan ke arah motorbike miliknya. Tiba-tiba ada sekumpulan lelaki jalan ke arahnya. Kiara mengeluh kerana penat.

"Tengok la perempuan ni. Senang-senang bawa lari duit kita" kata ketua kumpulan itu.

"Aku menang benda ni dengan adil"

Kiara letak beg berisi wang itu atas tanah.

Ketua kumpulan itu tumbuk Kiara tetapi sebelum Kiara sempat mengelak, seorang lelaki berbaju biru berdiri depan Kiara.

Lelaki itu tangkap penumbuk ketua itu.

"Tak malu ke belasah perempuan?" lelaki itu balas serangan ketua kumpulan.

Ketua kumpulan terus pengsan dan anak-anak buahnya berlari dari situ meninggalkan ketuanya.

"Hei, kau tertinggal sesuatu!"

Lelaki itu angkat ketua mereka dan baling ketua itu masuk ke dalam bangunan House of Glass. Lelaki itu pusing menghadap Kiara. Kiara masih memakai hudnya.

Evan? Dia buat apa kat sini?

"Kiara?" Evan panggil nama Kiara.

Kiara yang cuba melarikan diri, pusing menghadap Evan.

"Kiara! Kau okay?" Evan membuka hud Kiara.

Kiara cuba menepis tangan Evan tetapi gerakannya yang pantas membuatkan hudnya jatuh dengan sendirinya.

Evan terkejut bila nampak muka Kiara penuh lebam dan calar.

"Kenapa kau cedera?"

Kiara tak jawab soalan Evan. Dia sibuk mengira jarak motorbike miliknya yang berada beberapa meter di belakang Evan.

Tiba-tiba, Evan lap kesan darah pada pipi Kiara guna lengan baju birunya.

Kiara terkejut dengan tindakan Evan dan dia ke belakang dengan spontan. Dia pandang muka Evan dengan perasaan ingin tahu.

Lelaki ni gila ke?

Itu kali pertama Kiara pandang muka Evan betul-betul dan dia menyesal kerana Evan lebih tampan dari apa yang dia sangkakan.

Kiara lap pipinya dengan tangannya dan angkat beg berisi duit itu. Dia berjalan ke motorbike. Kiara langgar bahu Evan kerana Evan menghalang jalan.

Fuh nasib baik, kesan darah tu bukan darah aku.

"Kiara, kau masuk House of Glass ke? Tempat tu bahaya tahu tak?" tanya Evan

"Kau nampak aku lawan dekat House of Glass?"

"Lawan? Tak, Kiara kau-" Evan mula tunjuk riak marah dan risau.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now