BAB 22

958 68 0
                                    

BAB 22

Evan POV

"Gambar rantai bulan dan matahari tu GS dah hantar? Fail bila nak ambil?" tanya Shah.

Evan hirup kopinya. Dia dan Shah berada di kafe Espresso Lane selepas membeli barang. Ryan, Nazrul dan Airil berada di rumah.

"Gambar tu, Nazrul kata dah dapat. Tinggal fail tu je. Dahlia kata fail kat dia, petang ni kena ambil"

"Hari ini kita ada kerja ke dengan polis ke?" tanya Shah.

"Ada, kita kena selesaikan kes budak hilang dan kes mencuri. Kalau boleh, selesaikan sebelum petang"

Shah suap kek ke dalam mulutnya sebelum cakap.

"Aku nak pickup motor nanti. Kedai tu kat sebelah je. Kau bawa kereta aku, ok?" kata Shah.

"Aku nak beli sesuatu nanti. Betul ke kau bagi aku bawa kereta kau? Tak pernah-pernah kau bagi"

"Ya, aku bagi, tapi kalau ada benda berlaku kat Porsche aku, nahas kau!" kata Shah.

"Relax lah aku bukan macam Ryan"

Tiba-tiba seorang perempuan rambut pendek masuk ke kafe. Seorang lelaki yang duduk dua meja dihadapan Shah dan Evan melambai ke arah perempuan itu.

Perempuan itu duduk menghadap lelaki itu.

"Hmm, macam kenal je perempuan tu"

"Yang mana?" tanya Shah.

"Yang hoodie hitam tu"

"Oh, tu kan kawan minah yang aku terlanggar kereta haritu. Siapa eh nama dia? Oh hah, Lucy. Tak salah aku kawan dia tu nama Kiara" kata Shah.

"Aku rasa dia ahli Luna. Queen rambut pendek"

"Kecil kemungkinan, kafe ni pun ramai perempuan rambut pendek" kata Shah.

Evan memerhati suasana di kafe itu. Ada hampir sepuluh orang perempuan berambut pendek.

Betul juga.

Evan tak tahu kenapa gadis itu juga yang tarik perhatiannya. Evan masih ingat sikap gadis itu yang dingin terhadapnya sebab dia menyelamatkan gadis itu.

Siapa lelaki yang duduk depan dia? Boyfriend ke? Baju sama.

Shah perasan muka Evan yang berkerut. Shah pandang Evan pelik. Evan jarang tersangkut dengan seseorang.

"Kau dah kenapa?" tanya Shah.

"Tak ada apa"

Evan hirup kopinya. Shah geleng kepalanya sambil senyum sinis. Evan ternampak muka gadis itu berkerut bila minum kopi.

Comel.

Ish, apa masalah kau Evan?

"Dah-dah la tu tenung anak dara orang" kata Shah.

"Mana ada"

Shah gelakkan Evan. Tak pernah kawannya yang anti perempuan ni pandang perempuan.

"Aku seriously rasa dia tu ahli Luna. Tak nampak ke dia seiras dengan Queen?"

"Kau pergi la siasat. Kalau kita dapat tangkap Luna, lagi senang kita nak cari anak Diamond" kata Shah.

"Kau nak aku stalk dia? Gila apa?"

"Mana tahu kau dapat apa-apa?" kata Shah.

Belum sempat Evan mahu berkata apa-apa, tiba-tiba telefon Shah berbunyi. Shah berkerut bila nampak nama yang tertera pada skrin telefonnya.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now