BAB 37
Hari 7
Kiara sudah tiba di Espresso Lane. Evan yang dah lama tiba di kafe itu masuk ke dalam kereta Kiara. Kiara memakai uniform Luna. Evan memakai baju hitam atas arahan Kiara.
Kiara mula memandu keluar bandar.
"Kita nak pergi mana ni?" tanya Evan.
"Bandar Étoiles"
"Hmm lawak, tak pernah aku dengar orang sebut nama betul bandar tu. Selalunya orang panggil Bandar Bintang"
"Dulu, bandar tu dijajah orang perancis. Luna panggil dengan nama betul sebab orang luar takkan sangka bandar tu wujud"
"Luna sangat la low profile" komen Evan.
"Kenapa kita nak pergi sana?" tanya Evan.
"Malangnya, aku dah dapat King dalam genggaman aku tapi ada pengkhianat dalam Luna yang serahkan fail aku kat dia. Sekarang, kita pergi pangkalan Luna nak tengok siapa pengkhianat tu" kata Kiara.
"Kau tak takut aku bagitau lokasi Luna?" tanya Evan.
"Aku tahu kau takkan berani bagitau" Kiara kata dengan tenang.
"Kau tahu kan lama perjalanan nak pergi sana?" Evan sandar pada kerusinya.
Kiara hanya angguk. "Kau tahu siapa King?" tanya Evan.
"Dia Tuan Presiden Khairi"
"Tak mungkin, dia pemimpin, dia takkan buat macam tu" kata Evan.
"Ada pemimpin tinggalkan bandar dia selama 7 tahun?"
Evan mendiamkan diri sebab dia tak tahu mahu kata apa. Kiara mengerling ke arah Evan bila Evan tidak kata apa-apa.
"Dia ada anak iaitu salah seorang ahli Team 52, Heart. Rambut merah, tinggi. Diorang semua kejar sesuatu yang berharga" kata Kiara.
"Pangkalan Eclipse dekat bangunan syarikat Celestial Technology. Aku rasa projek baru diorang tu satu penipuan" sambungnya.
"Huh, aku tak sangka presiden sendiri, ahli Eclipse" kata Evan.
"Apa yang peliknya? Kebanyakkan ahli diorang ahli-ahli yang ada status" kata Kiara sambil urut dahinya.
"Kau tahu apa syarikat Eclipse buat?" tanya Evan.
"Diorang buat eksperimen, culik manusia jadikan tikus makmal. Mungkin kes penculikan meningkat sebab Eclipse" kata Kiara.
"Kau kenal ramai Team 52?" tanya Evan.
"Aku kenal Spade, King, Heart dan yang lain aku tak kenal. Aku tak pernah dengar tentang Clover dengan Jack" jawab Kiara.
"Diorang berdua tak report dari last mission diorang, dah beberapa tahun berlalu. Diorang hilang macam tu saja" kata Evan.
"Diamond?" tanya Kiara.
"Mati, dibunuh King. Tapi tak ada siapa kat GS tahu perkara sebenar yang berlaku. Kau tahu pasal Ace?"
"Dibunuh King. Setakat tu yang aku boleh bagitau kau"
"Kau kata kau tahu siapa anak Ace dan Diamond"
"Aku bagitau kau selepas misi kita selesai. Tapi apa yang kau tau pasal dia?" tanya Kiara.
"Aku tahu yang dia ada rantai bulan dan bintang"
"Tu je? Huh, aku ingatkan GS tahu lagi banyak" Kiara senyum sinis.
"Kau ada clue yang kau boleh bagi? Atau kisah macam mana Ace dan Diamond mati?" tanya Evan.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...