BAB 40
Hari 10
Hujan belum berhenti. Sudah dua jam berlalu sejak Sarah diculik dan sekarang sudah pukul satu pagi. Mereka masih di banglo untuk jejak penculik itu.
Laura jadi senyap tiba-tiba. Tasha dan Airil ubat luka Izz, Nazrul dan Amanda di bilik latihan. Shah, Evan dan Ryan tolong kemas rumah. Lucy geledah bilik Sarah.
"Tak ada apa-apa clue selain kad tu" kata Lucy.
"Mungkin kau ada terlepas pandang" kata Kiara.
"Kalau dia ada fon, Laura boleh jejak dia dengan senang" kata Lucy. Lucy sandar pada dinding. Laura yang daripada tadi sandar pada pintu keluar dari bilik itu. Dia masuk bilik tidurnya sendirinya.
"Kenapa dengan dia?" kata Lucy. Kiara hanya angkat bahunya. Dia ikut Laura dari belakang.
"Kau ok?" tanya Kiara.
"Tak ada apa. Cuma semua ni nampak familiar" Laura gelak pahit. Kiara tahu ni mesti ada kaitan dengan latar belakang Laura.
Dia tahu Laura membesar di tepi jalan tapi setakat itu yang dia tahu.
"Fokus, Laura. Buat la apa-apa kau nak supaya kau dapat fokus kembali" kata Kiara.
Laura berfikir sebentar patut atau tak dia buka cerita. Kiara duduk di kerusi meja tulis. Laura duduk di hujung katilnya.
"Aku sebaya dengan Sarah masa kena culik dari keluarga aku. Masa tu waktu malam. Diorang bawa aku pergi tempat yang aku tak kenal. Diorang dera aku dan ugut keluarga aku minta duit. Aku menghilang beberapa tahun, tak ada orang yang jumpa aku tapi aku dapat lepaskan diri" kata Laura.
"Aku minta tolong orang ramai, tapi diorang buat tak tahu. Aku cari sendiri rumah aku. Lama la juga aku jalan-jalan. Bila aku dah jumpa rumah aku, aku ketuk pintu. Mak ayah aku tak kenal aku. Dia kata diorang tak kenal aku dan diorang halau aku"
"Dan rupanya, diorang dah ada pengganti. Diorang bela anak perempuan angkat. Aku jalan-jalan sekeliling bandar. Aku tidur kat tepi jalan dan ambil keputusan mencuri untuk survive"
"Madam Serena jumpa aku dan ajak aku tinggal dengan dia, dengan syarat..aku tolong dia. Of course budak macam aku setuju. Tapi aku tak pernah sangka kerja yang dia bagi melibatkan bunuh orang"
"Kau tak nak jumpa keluarga kau lagi sekali?" tanya Kiara.
"Diorang dah lupakan aku dan mungkin lebih gembira. Bagi diorang aku dah tak wujud. Lagipun aku dah ada korang sebagai keluarga" jawab Laura.
Kiara hanya angguk. Setiap pengakhiran cerita mereka, pasti Madam Serena terlibat.
"Aku nak tolong diorang kemas rumah" Laura turun ke ruang tamu.
Kiara pergi ke bilik Sarah. Lucy sedang berdiri dekat dengan tingkap yang pecah. Mukanya seperti sudah berputus-asa.
"Jumpa apa-apa?" tanya Kiara.
Lucy hanya keluh. "Aku rasa diorang bawa Sarah balik pangkalan Eclipse. Ni yang paling logik. Dia nak jadikan Sarah tikus makmal" katanya.
"Tak, kalau diorang nak buat macam tu, dah lama diorang buat. Spade tahu tempat tinggal kita" kata Kiara.
"Kau rasa diorang gunakan Sarah untuk umpan kau? Diorang nak apa sebenarnya?" tanya Lucy.
"King kata kalau aku tak bagi rantai tu selepas 14 hari, dia akan buat sesuatu dekat orang yang aku sayang. Aku rasa dia nak buat contoh"
"Jadi, masa kita serbu rumah Sarah, kau rasa mungkin Eclipse datang tu kebetulan atau dirancang?" tanya Lucy.
"Aku tak tahu" jawab Kiara.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...