BAB 48

988 66 1
                                    

BAB 48

3 bulan kemudian..

Selepas kematian King, banyak perkara yang telah berlaku.

Ketua syarikat Eclipse, Tuan Shahrul ditahan oleh polis. Dia dan Madam Serena dihukum gantung. Tuan Zafuan, ketua syarikat GS rasa berat hati untuk jatuhkan hukuman itu ke atas abang dan kakaknya.

Clover dan Jack uruskan King. Identiti King telah dibongkarkan ke seluruh bandar. Seorang presiden, pembunuh dan penculik. Ahli-ahli Eclipse yang lain ditahan.

Disebabkan kebanyakan ahli Eclipse ialah ahli politik dan bangsawan, mereka hanya bayar untuk tebus kesalahan.

Ramai ahli GS tak puas hati dengan penyelesaian ni tapi mereka tak berani melawan pihak berkuasa.

Pangkalan Eclipse dan Luna dirobohkan. Fail-fail penting diambil. Segala eksperimen yang Eclipse lakukan dirampas. Rantai Kiara dipegang oleh Tuan Zafuan untuk siasatan.

Amanda, Izz, Nazrul dan Fahrin telah dikebumikan. Kiara koma selama dua minggu. Ubat penyembuh yang disuntik tak kuat untuk sembuh banyak luka dalam satu masa.

Lepas Kiara sedar, dia menjadi murung. Dia jarang keluar bilik dan kalau dia keluar dari rumah, dia akan balik selepas sehari.

Sarah menjadi anak angkat kepada Haiqal dan Qaisara. Haiqal ialah abang kepada Ryan.

Semuanya sudah berakhir, tiada lagi Luna ataupun Eclipse tapi keadaan masih serabut bagi mereka.

***

Kiara POV

Kiara berada di sempadan bandar Aqua City dan Bandar Bintang. Yang memisahkan dua bandar itu ialah jambatan panjang. Dia menunggang motorbike ke Aqua City.

Langit masih gelap dan matahari terbit dalam beberapa jam lagi.

Dah dua hari dia tak balik ke banglo Luna. Rumah itu dah jadi tempat tinggal tetap dia dan rakan-rakannya.

Setelah tiba di bandar itu, dia menuju ke Stargaze Tower. Dia turun dari motorbike dan panjat menara itu. Beg galasnya ditinggalkan atas motorbike.

Tiba di bumbung menara itu, dia tersenyum. Dia senyum bukan sebab memori manis, dia senyum sebab teringat betapa bodohnya dia.

Menara tu tempat dia dan Evan selalu lepak, Kiara mengaku dekat Evan yang dia anak Ace dan Diamond dan tempat dia serang Evan hingga pengsan.

Kalau semuanya dah berakhir, apa aku kena buat sekarang? Benda yang aku cuma tahu buat ialah membunuh. Takkan aku nak duduk mereput kat bandar ni?

Kiara berjalan ke hujung bumbung, dia pandang ke bawah. Tanah berada jauh di bawah.

Kalau..kalau aku tamat sekarang, aku tak perlu buat apa-apa. Aku bebas dari beban dunia..

Kiara bengkokkan kakinya untuk sedia melompat. Tiba-tiba satu suara menegurnya.

"Kau gila ke Kiara?"

Kiara pusing ke belakang dan akhirnya dia tak jadi untuk melompat. Dia hanya duduk di hujung bumbung menara itu.

Evan.

Kiara mengeluh perlahan. Dia dongakkan kepalanya. Sudah beberapa hari bulan tidak kelihatan. Dia dah lama tak jumpa Evan apatah lagi bercakap. Dia tak mahu jumpa lelaki itu.

Tak tahu kenapa, dia tak berani nak tengok muka Evan. Mungkin sebab rasa bersalah atau malu?

Kiara goyangkan kakinya. Lidah digigit dan mukanya menghadap depan.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now