BAB 18

1K 69 3
                                    

BAB 18

"Spade" kata Kiara.

Kiara sudah lama tidak berjumpa dengan Spade. Spade rakan baiknya sejak mereka berdua kecil.

"Kamu berlima akan bekerja dengan Spade sepanjang misi membunuh King. Misi ni bahaya, jadi saya arahkan Spade untuk bantu kamu" kata Madam Serena.

"Freeze, kamu dah bagitau Queen pasal misi malam ni?" tanya Madam.

"Belum, madam" kata Izz.

Madam beri isyarat kepada Izz.

"Korang kena bunuh seorang lelaki ni nama Tuan Hazim. Dia ada di majlis yang tengah berlangsung di dewan hotel ni. Majlis ni untuk sambut kenaikan pangkat adik dia, tapi adik dia yang upah Luna untuk hapuskan dia" kata Izz.

"Tuan Hazim tahu banyak pasal Eclipse secara tak sengaja tapi dia bukan ahli. Jadi hati-hati, GS dan Eclipse mungkin ada kat majlis tu" Izz beri gambar Tuan Hazim kepada Kiara.

"Harga dia 50,000" sambungnya.

"Ni bukan, mamat yang keluar dari kereta Mustang merah tadi?" tanya Laura.

"Korang nampak mamat ni?" tanya Spade. Gadis-gadis itu angguk.

"Baik kamu semua bertindak sekarang" arah Madam Serena.

Ni kali pertama mereka buat misi pakai pakaian formal untuk majlis.

"This is a masquerade ball, kamu kena pakai topeng. Adik Tuan Hazim dah senangkan kerja kita dengan memilih tema masquerade. You have to crash the party. Tak ada tempat korang nak menyelit. Tingkap dewan tinggi" kata Madam.

"Kalau apa-apa berlaku, aku dan ahli lain tunggu kat luar jadi backup" kata Izz.

Mereka semua keluar dari bilik mesyuarat. Gadis-gadis Luna bergerak ke dewan.

"Ughh crashing a party is so not my killing style" kata Tasha.

"Aku tak suka misi last minute" rungut Laura.

Senjata Amanda ialah kipas tangan yang ada pisau, jadi dia hanya pegang di tangannya. Orang tak akan sangka kipas itu senjata. Mereka perlu nampak kemas supaya tak disyaki. Mereka memakai topeng yang diberi oleh Izz tadi dan betulkan rambut mereka.

"Izz bagi topeng yang sama warna dengan baju kita" komen Tasha.

"Dia tahu warna kegemaran kita" kata Lucy dengan senyuman.

"Nasib baiklah aku tak pakai kasut tumit tinggi tadi" kata Laura.

"Alright, let's go kill this guy" kata Kiara.

Mereka bukan jenis yang suka bersosial dengan orang. Jadi mereka tak suka tempat orang ramai.

***

Mereka masuk ke dalam dewan semasa majlis itu sedang berlangsung. Seorang penjaga pintu itu menegur mereka.

"Cik-cik ni tetamu ke?" tanya lelaki penjaga pintu itu.

"Well, of course" kata Tasha.

"Saya perlu memastikan cik-cik ialah tetamu yang disenaraikan. Nama cik-cik?" kata lelaki itu sambil memeriksa papan klip yang dipegang.

"Maria dan ni rakan-rakan saya Amy, Laila, Syasya dan Qasrina" kata Tasha. Nada suaranya sangat yakin. Dia tinggikan hidungnya.

"Oh ya, silakan masuk. Enjoy" kata lelaki itu.

Mereka masuk ke dalam dewan.

"Wah besarnya" kata Amanda.

Sebuah lampu chandelier tergantung ditengah-tengah dewan. Meja-meja bulat disusun menghadap pentas. Ramai orang sedang bersembang, makan dan sebagainya.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now