BAB 8

1.2K 78 6
                                    

BAB 8

Di pangkalan Gold Star, empat orang bodyguard baru pulang dari misi mereka.

"Thanks bro belanja makan" kata Airil.

"Welcome" jawab Shah. Mereka semua masuk ke dalam bangunan.

"Aku dah rimas la pakai sut ni" kata Ryan sambil buka tali leher. Tiba-tiba Dahlia dan Nazrul berjalan ke arah mereka.

Dahlia dan Nazrul bekerja dalam kumpulan yang sama. Mereka hanya sertai kumpulan Evan kalau ada misi susah.

"Tuan Zafuan nak jumpa korang" kata Nazrul.

"Kenapa? Ryan tak buat silap apa-apa masa misi kali ni" kata Airil.

"Aku pula yang kena" balas Ryan.

"Kitorang tak tahu. Tuan Zafuan pun nak jumpa kitorang" kata Dahlia.

Empat sekawan itu keluh. Mereka berjalan ke pejabat Tuan Zafuan dengan cepat. Bos mereka tak suka menunggu lama.

Tiba di pejabat Tuan Zafuan, Shah ketuk pintu bilik.

"Masuk"

Mereka semua masuk dan ambil tempat duduk di dalam pejabat itu.

"Saya panggil kamu semua sebab nak bagi misi yang sangat penting" kata Tuan Zafuan. Dia lebih suka terus terang.

Semua dah mula berkerut. Mereka baru pulang dari misi mereka, sekarang mereka ada misi baru.

"Banyak kes pembunuhan berlaku di bandar sebelah. Tempat Eclipse aktif. Polis minta tolong kita siasat dan cari pembunuhnya. Sebab terlalu banyak kes sehingga mereka tidak boleh urus" sambungnya.

"Tuan, diorang dah ada maklumat ke siapa dalang?" tanya Shah.

"Malangnya, belum lagi. Jadi ini tanggungjawab kamu untuk siasat siapa pembunuhnya" jawab Tuan Zafuan.

"Kamu akan bekerja di bandar itu sehingga kes selesai. Jadi kamu kemas beg dan gerak esok pagi. Nazrul dan Dahlia akan ikut. Saya akan hantar team ahli lain untuk bantu kamu" sambungnya.

"Baik" jawab mereka serentak.

"Dahlia , kamu boleh balik. Saya nak cakap dengan mereka. Nazrul saya nak cakap dengan kamu juga"

Dahlia dan Nazrul saling berpandangan. Dahlia keluar dari bilik pejabat.

"Ada apa?" tanya Evan.

"Nak minta tolong kamu"

Lima jejaka itu menjadi tegang. Jarang ketua mereka minta tolong.

"Apa dia Tuan?" tanya Ryan.

"Kamu tahu tentang kejadian kematian Diamond?"

Mereka hanya angguk.

"Saya dulu pernah ambil pengganti Diamond. Seorang pemuda untuk pegang nama samara Diamond, tapi malangnya dia tidak setuju" kata Tuan Zafuan.

"Ada satu misi rahsia yang saya jalankan. Saya minta tolong pemuda itu tetapi dia tidak sanggup. Misi itu adalah untuk mencari anak perempuan Diamond"

"DIAMOND ADA ANAK PEREMPUAN?!!" jerit Ryan.

Airil tutup mulut Ryan. Evan dan Shah beri jelingan maut kepada Ryan. Nazrul hanya senyum janggal. Dia rasa sangat terharu dapat menjalankan misi penting.

"Ya, dia dan isterinya, Puan Diana Irdina ada seorang anak perempuan. Gadis tu penting" kata Tuan Zafuan.

"Kenapa dia penting?" tanya Evan.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now