BAB 52
Bonus Chapter
Aydan masuk ke kafe Espresso Lane yang belum buka. Pekerja di situ sedang bersiap sedia untuk buka kafe.
"Selamat pagi bos" tegur pekerja di kaunter.
Aydan hanya angguk. Dia ke bilik belakang. Sudah beberapa tahun dia menjadi pemilik Espresso Lane. Dia duduk di meja dan menghadap cermin yang digantung di seberang meja.
Dia buka contact lenses coklatnya. Warna watanya yang sebenar ialah kelabu.
Aydan gosok parut lama yang berada di belakang kepalanya. Dia ingat lagi kejadian dia dibaling dengan papan tanda oleh Kiara di tempat parkir kereta.
Dia tidak berniat pun untuk takutkan adiknya.
Tiba-tiba, pintu bilik rehat itu dibuka. Aydan pandang dua orang tetamu yang baru masuk ke dalam bilik.
"Hei, Jack dan Clover. Lama tak jumpa" kata Aydan.
Jack dan Clover hanya angguk.
"Rindu kau Aydan, kau pergi mana selama ni?" tanya Jack sambil senyum.
"Aku terkejut, macam mana kau boleh jejak aku?" Aydan bangun dan jemput Jack dan Clover duduk di meja.
Jack dan Clover duduk menghadap Aydan.
"Apa yang kau nak bincangkan?" tanya Aydan.
"Bijak kau, cepat tangkap niat orang. Kau tak pernah berubah" puji Clover.
"Biasa je" jawab Aydan sambil senyum lebar. Dia memandang Jack dan Clover.
Clover dan Jack menjadi serius.
"Aydan, kau dalang segala peristiwa tiga tahun lepas kan?" tanya Jack.
"Maksud kau?" tanya Aydan.
"Kumpulan Kiara ke Aqua City, kumpulan Evan tolong mereka dan kejatuhan Eclipse dan Luna. Semua tu. Betul ke kau yang rancang?" tanya Clover.
Aydan senyum lebar dan silang kakinya.
"Oh, aku tertangkap" jawab Aydan sambil ketawa riang.
Aydan sandar di kerusi sambil pandang dua bekas rakan sekerjanya dengan perasaan terhibur.
"Aku yang hantar permintaan untuk bunuh King dekat Luna untuk gerakkan Kiara ke Aqua City. Nasib baik kumpulan Kiara memberontak, jadi tak ada la aku kena bayar permintaan aku tu" kata Aydan.
"Aku juga yang bagitau Luna, Eclipse dan Gold Star tentang rantai tu. Aku juga yang cadangkan dekat ketua GS untuk bagi misi mencari anak Ace dan Diamond dekat kumpulan Evan. Semuanya langkah pertama untuk cari adik aku dan hancurkan Eclipse dan Luna" sambungya.
"Tapi yang selebihnya, diorang yang uruskan. They just need a little push" kata Aydan.
Aydan bongkar semua rancangannya. Matanya bersinar.
"Kau pun anak Ace dan Diamond" kata Jack.
"Ya, tapi bukan aku yang pegang rantai pendrive tu" jawab Aydan sambil angkat keningnya.
Clover silang tangannya dan mukanya berkerut.
"Aku tak faham. Kau selama ni dah tahu siapa adik kau, tapi kenapa kau suruh orang lain laksanakan kerja kau?" tanya Clover.
"Aku tak bodoh untuk terlibat dengan masalah keluarga ketua-ketua tiga syarikat ni. Aku mengaku, aku tak sangka Evan akan kahwin dengan Kiara tapi aku tak kisah asalkan adik aku gembira" jawab Aydan.
"Disebabkan rancangan teliti dan rumit kau ni, beberapa kawan Kiara mati" kata Clover.
"Pengorbanan perlu dilakukan untuk dapat keputusan. Aku tak sangka diorang akan terlibat sekali" kata Aydan sambil angkat bahunya.
Clover dan Jack terdiam. Aydan garu dahinya.
"Itu je ke yang kau nak tanya aku?"
Jack dan Clover pandang sesama diri. Jack mengeluh dan pandang Aydan.
"Kenapa kau berhenti kerja dengan GS bila kau dilantik jadi Diamond baru?" tanya Jack.
"Senang. Aku kerja dengan GS sebab aku nak tahu tentang adik aku, itu je. Aku tak sanggup nak gantikan tempat ayah aku" jawab Aydan.
"Kau kerja dengan Luna dan Eclipse juga sebelum ni? Sebab tu ke kitorang tak boleh jejak kau?" tanya Clover.
Aydan hanya senyum dan angguk.
"Aku tak minat untuk berlawan dan beraksi. Jadi aku fikirkan jalan yang lagi bijak dan selamat. Aku rancang dulu, baru aku cari beberapa orang untuk jadi buah catur aku. You're welcome!" Aydan ketawa perlahan.
Aydan pandai memanipulasi perasaan dan minda orang. Dia mampu memanipulasikan mereka semua untuk dapatkan apa yang dia nak iaitu adiknya dan kejatuhan Eclipse dan Luna. Semua jaguh hebat di bawah rancangannya.
Clover dan Jack tiba-tiba berasa gerun berada di bilik yang sama dengan lelaki ini. Walaupun Aydan nampak seperti orang yang ceria.
"Aku harap kau takkan bagitau sesiapa, lagi-lagi Kiara tentang hal ni" kata Aydan. Senyumannya hilang.
Clover dan Jack hanya angguk setuju. Aydan senyum puas.
"Kalau ini je yang kau nak tanya aku, biar aku teman kau keluar" Aydan teman mereka berdua keluar dari kafe selepas beri mereka donut percuma.
Aydan masuk semula ke dalam kafe dan arahkan pekerja-pekerjanya untuk buka kedai.
Hanya Clover, Jack, Ace dan Diamond tahu identiti rahsia Aydan. Aydan ialah Joker dalam Team 52. Dia bekerja di sebalik takbir dan kekuatannya lebih menakutkan dari King dan Spade.
Mungkin itu sebabnya, tiada siapa tahu tentang kewujudannya dan identitinya.
Joker tidak pernah melakukan kerjanya dengan terburu-buru.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...