BAB 32
Hari 2
"Apa nama kau?" tanya Kiara.
Hanya Kiara dan Amanda yang ada di rumah yang lain keluar berjumpa Fahrin. Gadis kecil itu memakai baju Amanda. Tubuh Amanda yang paling kecil antara mereka berlima.
Gadis kecil itu duduk di atas katil. Kiara dan Amanda duduk di tepi katil dari pukul 8 pagi tadi. 30 minit berlalu, Kiara dapat rasakan kesabarannya semakin tipis. Mereka cuba soal budak itu tapi dia tak mahu jawab.
"Kitorang nak tolong. We are not going to hurt you" kata Amanda.
Gadis itu masih mendiamkan diri. Kiara mengeluh. Amanda tekup mukanya.
"Dia tak cakap bahasa Melayu kot, tak pun bisu" kata Amanda. Dia sudah kepenatan.
"Aku masih tak faham kenapa kau ambil budak ni" sambungnya.
"Aku ada sebab-sebab aku" jawab Kiara.
"Kau mesti lapar. Kitorang turun dulu dan buatkan kau sarapan. Sementara tu, cuba kosongkan fikiran kau" kata Kiara kepada budak perempuan itu.
Dia tarik Amanda keluar dari bilik dan turun ke dapur. Kiara ambil cawan dan bekas berisi serbuk Milo. Amanda mengambil plastic roti dan bekas mentega.
"Kau memang bodoh kau tahu?" kata Amanda dengan tenang.
"You don't understand" kata Kiara dengan suara perlahan.
"Then explain" Amanda sapu mentega atas dua keping roti dan masukkan dalam pembakar roti.
"Mesti ada sebab kenapa Eclipse kejar dia. Diorang bunuh keluarga dia dan aku fikir kalau..kalau-" mula Kiara.
"This situation is quite familiar to you isn't it? Budak tu macam kau, dan kau fikir kalau kau selamatkan budak tu kau akan lebih faham dan ingat balik kenapa keluarga kau dikejar. Kau nak cari sebab-sebab Eclipse rosakkan hidup kau melalui budak tu" Amanda menyampuk.
Kiara berhenti kacau air Milo. Dia diam sebentar.
"Kau keliru. Kau mula soal diri kau kalau kau ada peluang nak hidup normal" kata Amanda.
Kiara berkerut. Dengar pembakar roti berbunyi tanda roti dah dibakar. Amanda letak roti tu atas piring.
"Kita semua tahu, zaman tu dah lepas. Kita tak akan dapat peluang untuk betulkan kehidupan kita tapi kau betul. Aku kena faham kenapa Eclipse ada kaitan dengan semua ni" kata Kiara sambil ambil piring dan cawan.
"Kau dah lain. Your emotions are leaking. Kau-"
"Aku tak tahu apa aku rasa Amanda! Aku cuma tak suka yang aku tak dapat kawal situasi ni tapi aku syukur kau faham" Kiara menyampuk.
Dia naik ke bilik tadi. Amanda geleng kepalanya dan ikut Kiara.
"Aku harap kau sempat keluar dari Luna, just like your mother" keluh Amanda dengan perlahan.
Amanda sedar apa yang Luna buat dari dulu lagi, sebab tu dia tak banyak buat misi. Emosinya bangkit dalam hatinya sudah lama.
Mereka masuk bilik itu. Gadis kecil itu pandang mereka.
"Nah, makan. Kau tak makan dari semalam" Kiara letak pinggan atas riba budak itu dan cawan atas meja sebelah katil.
Gadis itu tidak bergerak. Dia hanya pandang pinggan di atas ribanya.
"Kau patut bersyukur yang kitorang tak biarkan kau mereput. Sekarang, makan" kata Kiara dengan nada mendatar.
Gadis kecil mula mengunyah roti itu.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...