BAB 12
Evan POV
"Sebab aku bukan perempuan biasa"
Perempuan tu tumbuk Shah.
Berani juga dia buat macam tu.
GS ke depan untuk menyerang tapi masing-masing tak bergerak ke arah gadis-gadis itu. Shah urut-urut pipinya yang ditumbuk. Pipinya merah.
"Kenapa tak serang?" kata gadis nama Dark.
"Kau kena faham, diorang tu gentlemen la Dark" kata Crystal dengan nada memerli.
"Kalau macam tu, kitorang pergi dulu" kata Queen.
Gadis-gadis itu lari ke pintu bilik fail tapi ditahan oleh Ryan. Akhirnya, Ryan ditendang.
"Don't you dare" kata Crystal.
Ryan tumbuk Crystal tapi perempuan itu sempat mengelak. Ryan ditumbuk diperut dan lutut Crystal menyerang kepalanya.
Lebam. Ryan mengerang kesakitan.
Laju gila minah ni.
Shah serang perempuan jaket panjang, Ruby. Shah mengelak semua serangan Ruby.
"Aku menghargai sangat kalau kau berhenti bergerak" kata Ruby.
Empat gadis itu bawa senjata tapi mereka tak gunakan senjata mereka.
Dua orang bawa pedang, dua orang bawa pistol.
Ruby tumbuk muka Shah dan hentakkan kepalanya pada almari fail. Darah mengalir. Shah sempat tumbuk muka Ruby. Ruby ludahkan darah. Matanya jeling tajam Shah. Mereka mula serang sesama diri bertubi-tubi.
Perempuan ni tak ada belas kasihan langsung.
Airil menyerang gadis berhud hitam, Dark. Mereka sama ketinggian jadi perlawanan mereka sengit. Airil tendang kaki Dark. Dia ingin tumbangkan gadis itu tapi Dark mengelak dengan senang. Mereka bertumbuk.
Dark main kasar. Dia tarik jaket Airil dan cekik. Dia baling Airil ke arah almari fail itu. Kepala Airil terhantuk kuat. Mereka semua sibuk berlawan. Queen sempat mencari fail.
Evan cuba menghalang Queen tetapi dia tangkas mencari fail. Evan bengang dan tarik lengan Queen.
"Don't touch me" Queen tumbuk muka Evan dan Evan ke belakang untuk mengelak.
Queen tendang almari besi fail itu hingga jatuh. Nasib baik Evan sempat mengelak tapi malangnya, Ryan dihimpit almari itu.
Airil sibuk mahu tolong Ryan tapi dilawan oleh Dark. Crystal hanya duduk di sebelah Ryan sambil memerhati.
"Apa pengalaman anda dihimpit almari?" tanya Crystal dengan selamba.
"Arghh sakit la! Tolong la aku!" Ryan mengerang kesakitan.
"Ok" jawab Crystal.
Crystal lompat-lompat atas almari yang menghimpit Ryan. Ryan mengerang lagi kuat.
"Describe your pain" kata Crystal dengan nada sinis.
Queen tangkas menyerang Evan bertubi-tubi. Muka mereka berdua tiada reaksi.
"Kau kerja untuk siapa?"
"Kenapa aku kena bagitau kau?" jawab Queen.
Evan cuba menumbuk tapi tangannya sempat ditangkap oleh Queen. Gadis itu pusingkan tangannya tetapi Evan bebaskan tangannya.
GS tak boleh bunuh orang. Mereka cuma boleh buatkan seseorang itu tak sedarkan diri. Itu peraturan syarikat. Musuh mereka ini lebih ganas dari mereka.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
Ficción GeneralKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...