BAB 45
Kiara POV
Kiara terima panggilan daripada nombor peribadi. Kiara ketap giginya.
"Apa kau nak?"
"Kiara, masa kau dah tamat. Kau tahu apa kau perlu buat. Datang ke pangkalan Eclipse. Ada orang akan jemput kau" kata King sebelum dia putuskan panggilan.
Kiara keluh dan hantar Lucy lokasi Stargaze Tower. Dia nak Lucy tengok keadaan Evan. Mati atau tidak, Kiara tak ada masa nak periksa.
Kenapa kau suka susahkan orang, Evan? Aku harap kau faham kenapa aku buat macam tu.
Aku tak kesah kalau kau tak nak jumpa aku lepas ni. Lebih baik kau benci aku selamanya sebab aku tak sanggup tengok muka kau dengan perasaan bersalah.
Bodoh, sebab kau Dahlia nak bunuh aku dan Spade nak bunuh kau.
Kiara campak telefonnya dan pijak hingga pecah. Tak ada gunanya dia simpan telefon.
Dia betulkan kedudukan hudnya dan berjalan ke bangunan Celestial Technology.
Tak lama selepas itu, dia tiba di depan pintu bangunan itu. Syarikat Celestial Technology telah tutup, tapi syarikat Eclipse masih berjalan. Dia masuk ke dalam bangunan itu. Bangunan itu sejuk, tapi tak terlalu sejuk macam bangunan Luna.
Seorang lelaki tinggi memakai tie merah berdiri di pintu. Kiara hanya mengerling ke arahnya.
"King hantar aku untuk jemput kau" kata lelaki itu. Kiara hanya angguk.
Kiara ikut lelaki itu naik lif ke tingkat 30. Tingkat itu ada dewan. Mereka masuk ke dalam dewan itu. King berdiri di atas pentas bersama Spade dan Heart. Ada ramai ahli Eclipse berkumpul di situ.
Air hujan menitik dari jaket Kiara ke lantai. King hanya senyum ke arah Kiara tapi senyuman itu tak dibalas.
"Darius, tutup pintu" arah King. Lelaki tinggi tadi buat apa yang diarahkan.
"Selamat datang, Queen. Ahli Eclipse, sila beri tepukan kepada gadis yang jatuhkan Luna untuk kita" kata King. Ahli-ahli yang lain mula tepuk tangan.
"Aku bukan jatuhkan Luna untuk korang. Korang berkumpul kat sini untuk raikan hari yang aku bunuh korang semua?"
Suara Kiara bergema satu dewan. Nadanya rendah. Lampu dalam dewan itu malap, jadi Kiara hanya nampak bayangan ahli-ahli Eclipse.
"How cute. Kau sorang lawan kitorang?" kata King. King turun dari pentas dan berjalan ke arah Kiara. Ahli-ahli Eclipse yang lain beri laluan.
"Sekarang, mana rantai aku?" tanya King.
Kiara diam sebentar. Dia pandang tepat pada mata King yang lebih tinggi darinya.
"Aku tak ada rantai tu"
King mula rasa bengang tapi senyumannya masih kekal.
"Apa?" tanya King.
"Aku tak sangka kau ni pekak. Aku kata rantai tu tak ada dengan aku"
King tampar Kiara tapi Kiara masih berdiri teguh. King pandang Spade. Spade cuba mengelak dari pandangan Kiara.
"Spade kata kau selalu pakai. We made a deal, Kiara" kata King.
"Kau bodoh kalau kau fikir aku akan bagi kau rantai tu. Nama kau je 'King' tapi kau tak boleh bagi arahan kat aku"
Muka King berubah bengis. Dia pandang Heart dan Heart terasa tergugat.
"Check dia Heart" katanya. Heart turun pentas dan pergi ke arah Kiara.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...