BAB 25

985 63 0
                                    

BAB 25

Evan POV

Di biliknya, Evan termenung sambil belek gambar rantai yang Nazrul bagi. Fail Diamond di tangannya.

Rantai tu sama macam rantai dalam gambar ni. Tapi tak mungkin anak Ace dan Diamond tu..dia?

Aku dah ikut dia dari belakang haritu, tapi aku tak sempat nampak dia pergi mana. Tau-tau je dia ada depan House of Glass. Argh, aku tak boleh nak buat konklusi kalau aku sendiri tak pasti betul ke tak dia anak diamond.

Tapi dia ada rantai tu.

Tapi muka dia tak sama sangat macam Diamond.

Gambar Diamond diteliti. Biodatanya dibaca.

Mata Kiara kelabu dan kulit pucat. Diamond mata coklat kulit gelap sikit. Mungkin Kiara ikut muka Ace? Aku tak tahu muka Ace.

Nama penuh Zairul Ikhwan

Tempoh bekerja
14 September 1992 - 16 April 2005.

16 April, hari Ace dan Diamond mati

Apa berlaku pada hari tu?

Aku perlu luangkan masa dengan minah beku tu untuk tahu pasal anak Diamond ni. Mungkin rantai tu, betul-betul dia punya?

Aku kena bagitau yang lain, aku dapat rasakan yang Luna ada kat bandar ni bukan secara kebetulan. Mungkin diorang ikut kita, we have to be careful.

Tiba-tiba Shah ketuk pintu biliknya dan masuk. Dia menyilang tangannya sambil sandar pada pintu.

"Kitorang dapat tahu kenapa Eclipse terlibat" kata Shah.

Serious lah? Cepatnya.

Evan dan Shah keluar ke ruang tamu untuk bincang dengan rakan-rakan mereka yang lain. Mereka duduk di sofa.

"So?"

"Naz dah siasat, rupanya Eclipse pun tengah kejar anak Diamond ni" kata Shah.

Jadi apa yang kita dah dengar kat bilik mesyuarat Eclipse tu, betul la?

"Apa lagi yang korang jumpa?"

"Diorang nak sesuatu dari perempuan ni tapi kitorang tak tahu apa benda" Airil jawab pertanyaan Evan.

Who is this mystery girl?

"Perempuan ni pemusnah GS dan Luna. Tak pelik pun kalau dia kena kejar sebab dia diantara dua syarikat ni" kata Ryan.

"Aku ada kemungkinan siapa dia tapi aku sendiri tak pasti"

Mereka semua pandang Evan.

"Siapa?" tanya Shah.

"Kiara"

Mereka semua berkerut.

"Apa bukti kukuh? Kenapa kau rasa perempuan ni anak Diamond?" tanya Nazrul.

"Thanks to Shah, sebab dia kita dah kenal empat orang perempuan secara tak sengaja. Pastu tak pernah-pernah dalam sejarah, kita berlawan dengan lima orang perempuan, sorang mungkin tambahan. Masa majlis tu pun, muka perempuan-perempuan yang kita jumpa tu familiar"

"Tu bukan bukti, tu andaian" kata Ryan.

Evan ceritakan tentang kejadian pagi tadi.

"Haih Evan, ni semua tak kukuh. Kau sendiri pun tak pasti" kata Nazrul.

"Kalau macam tu, maksudnya kita kena siasat pasal diorang. Kebetulan atau tak, haritu aku terserempak dengan salah sorang dari diorang" kata Shah.

"Sama"

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now