BAB 11

1K 72 0
                                    

BAB 11

Luna POV

"Bilik fail tingkat 11" kata Amanda melalui alat komunikasi.

"Hati-hati, ada empat orang pengawal menuju ke arah korang" sambung Amanda.

"Ok, Lily" jawab Tasha.

"Oh ya, baik korang cepat. Gold Star ada dalam bangunan. Queen dengan Ruby dah jumpa dua orang"

"Serious?" kata Laura dengan nada terkejut.

"Dark, berapa minit lagi baru elektrik ada semula?" tanya Tasha.

"30 minit" jawab Laura.

Mereka bergegas ke bilik fail. Empat pengawal itu menyuluh lampu dalam gelap. Laura dan Tasha bergerak dalam suasana gelap. Tasha hampir tersungkur sebab tersalah pijak anak tangga.

Siku Tasha terkena railing tangga.

Panggg

Bunyi besi railing dilanggar. Laura sempat tarik lengan Tasha supaya dia tidak jatuh. Tasha tahan diri dari0ada menjerit kerana sakit.

"Korang dengar tak?" tanya salah seorang pengawal.

Sebelum empat-empat pengawal itu sempat suluh lampu ke arah bunyi itu, Tasha dan Laura pukul kepala pengawal-pengawal itu dengan kuat sehingga pengsan.

"Fuhh, hampir" keluh Tasha.

Mereka cepat-cepat naik tangga. Tiba di bilik fail, mereka terserempak dengan Kiara dan Lucy.

"Macam mana nak buka pintu ni? Kena scan kad" kata Lucy.

"Elektrik tak ada, kau tarik je pintu ni. Sebelum aku blackout bangunan ni, aku dah letak semua pintu bilik yang ada scanner dalam mode access granted" kata Laura.

Laura tarik pintu itu dan mereka masuk ke dalam.

"Aku dan Ruby cari fail King. Kau dan Crystal cari fail operasi Eclipse" kata Kiara kepada Laura.

Laura angguk. Mereka berpecah dan selongkar semua almari. Selepas 10 minit mencari, mereka hampir putus asa. Keadaan jadi kabut sebab mereka hanya ada 20 minit lagi.

"Susunan fail diorang lain" rungut Tasha.

"Korang, baik korang keluar sekarang" arah Amanda tiba-tiba dengan nada tegas.

"Kenapa?" tanya Tasha pelik dan gementar.

"Keluar cepat!" arah Amanda dengan tegas.

Tiba-tiba pintu bilik fail terbuka, empat orang lelaki berdiri di depan pintu terkaku. Jaket mereka berlambang matahari.

***

Evan POV

Evan dan Shah mencari merata tempat untuk dapatkan maklumat dan mengelak dari semua pengawal yang ada di dalam bangunan. Pelik, tak ada satu pun ahli Eclipse kelihatan.

Senang sangat ni.

Mereka memakai topeng mulut dan jaket hitam GS. Jaket itu ada dua jalur pada lengan kanan, ikut warna mereka.

Nazrul jadi tunggu di luar bangunan bersama backup. Mereka jalan ke bilik pangkalan utama. Tiba-tiba dengar suara sekumpulan orang berbincang.

"Elektrik tak ada, rasanya ada orang serang"

"Tanpa elektrik kita tak boleh sambung kerja"

"Bangunan kita majoriti bergantung kepada teknologi"

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now