BAB 51

1.4K 82 11
                                    

BAB 51

Tiga tahun kemudian.

Gadis Luna sudah mempunyai kerja baru. Lucy jadi guru di sekolah elit. Laura kerja dengan polis sementara untuk uruskan jenayah siber dan menjadi penggubah lagu untuk filem. Tasha menjadi pereka fesyen yang terkenal.

Semuanya dengan bantuan ahli GS. Airil dan Shah berada di luar negara untuk mengejar penjenayah yang cuba melepaskan diri. Evan dan Ryan tinggal di bandar cuba bantu Laura.

***

Lucy duduk di ruang tamu sambil menghadap laptop. Dia berasa serabut dengan markah anak muridnya.

"Aku tak pernah minta kerja ni tapi apa-apa pun, ni lebih baik dari kerja yang Tasha ada" kata Lucy kepada dirinya.

Laura turun dari tangga dengan laju.

"Kau tak pergi kerja Lucy?" tanya Laura.

"Cuti sekolah" jawab Lucy sepatah.

Laura hanya angguk dan rampas cawan kopi milik Lucy. Dia teguk hingga habis.

"Hoi!"

"Sorry, aku kena cepat" kata Laura sambil lari keluar dari rumah.

"Kunci kereta" kata Lucy dengan kuat. Matanya tidak beralih dari skrin laptop.

Laura tercarut dan masuk balik ke dalam rumah untuk ambil kunci kereta sebelum keluar semula.

Lucy hanya geleng kepalanya. Dia bangun dan pergi ke dapur untuk bancuh kopi lagi. Tasha berjalan ke dapur. Mukanya seperti baru bangun tidur dan rambutnya serabai.

"Morning" kata Tasha. Suaranya serak.

"Tasha, kau tak pergi kerja? Bukan kau ada meeting dengan client ke?" kata Lucy.

"Huh? Apa kau merepek ni" Tasha kata. Dia masih mamai.

Lima saat kemudian, Tasha melompat. Mukanya tunjuk riak panik.

"Pukul berapa sekarang?!" tanya Tasha.

"10 pagi" jawab Lucy.

"Shoot! Aku ada 30 minit lagi nak bersiap! Lucy, kenapa kau tak kejut aku?" jerit Tasha.

"Kau selalu bangun awal. Aku ingat kan kau dah keluar-"

Belum sempat Lucy habiskan ayatnya, Tasha pecut naik ke biliknya semula. Lucy geleng kepalanya dan mengeluh.

"Tak pernah-pernah lambat, tu la kerja sampai lewat malam. Bila fikirkan balik, bukan diorang dah biasa ke kerja lewat malam?" bebel Lucy seorang diri.

Lucy bancuh Milo dan sapu sekeping roti dengan mentega kacang. Dia lari naik ke bilik Tasha. Tasha masih dalam tandas.

Lucy buka almari baju Tasha. Dia keluarkan dress merah dan seluar legging hitam.

Lucy ambil handbag milik Tasha dan masukkan fon, dompet dan benda-benda penting yang patut Tasha bawa.

"Tasha, aku dah letak baju kau atas katil, handbag pun!" kata Lucy dengan kuat supaya Tasha boleh dengar.

"OKAY!" jerit Tasha dari dalam tandas.

Lucy turun ke dapur selepas dia ambil kunci kereta Tasha dan susun kasut yang hendak dipakai oleh Tasha.

10 minit kemudian, Tasha sudah siap. Dia turun ke dapur. Lucy paksa dia minum Milo dan Tasha makan roti itu dalam perjalanan.

"Wei" panggil Lucy sambil baling kunci kereta Tasha.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now