BAB 36

984 63 0
                                    

BAB 36

Hari 6

Kiara POV

Kiara baca beberapa fail dalam pendrive itu. Sejak dia tahu rantainya ialah pendrive, dia akan selalu menghadap laptop.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.

Fail tentang sejarah Luna. Rupanya, Madam Serena lahir pada waktu malam, sebab tu syarikat dia dinamakan Luna. Kiara tak sangka Ace akan letak fakta sekecil ini dalam fail.

Beberapa jam kemudian, tiba-tiba Tasha pecah masuk biliknya. Kiara cepat-cepat tutup laptop.

"Kau dah kenapa?"

Sebelum Kiara dapat ceramah Tasha tentang adab ketuk pintu sebelum masuk, Tasha memotongnya.

"Lucy hilang, dah pagi buta dan dia masih tak balik lagi" kata Tasha.

"Aku ingatkan apa tadi. Chill la, nanti dia balik. Dia bukan budak-budak"

Kiara pandang Tasha dengan pelik. Muka Tasha menunjukkan riak panik dan risau.

"Tapi, harini dia lain macam. Aku takut dia buat benda bodoh" kata Tasha.

Kiara fahan apa yang Tasha cuba cakap. Setiap tahun, ada satu hari yang setiap pekerja Luna akan jadi lebih murung dari biasa.

Ada yang cuba untuk bunuh diri.

Mungkin hari ini ialah hari Lucy.

Kiara bangun dari katilnya dan ambil jaketnya yang digantung pada kerusi.

"Ya, aku cari dia"

Tasha angguk dan keluar dari bilik Kiara.

Kenapa aku juga yang kena cari dia?

Kiara keluar dari biliknya dan mesej Izz suruh dia jejak telefon Lucy untuk tahu lokasi Lucy. Selepas Izz beri lokasi Lucy, Kiara keluar dengan menunggang motorbike.

Dia menuju ke ke pantai. Pantai itu jauh dan ambil masa selama tiga jam untuk sampai sana.

Tiba di sana, dia nampak seorang gadis memakai sweater biru duduk di atas pasir sambil menghadap laut. Rambut paras bahu Lucy ditiup angin. Malam tu sangat sejuk.

Kiara masukkan tangannya dalam poket dan duduk di sebelah Lucy. Selama mereka di Luna, tak ada pula Lucy ataupun Tasha memerlukan bantuan pada tarikh kejadian peristiwa pahit mereka.

Mungkin sebab di pangkalan Luna, mereka terlalu sibuk dengan tugasan untuk melupakan kejadian itu. Sekarang, mereka perlu tunggu rancangan dari Kiara untuk menangkap King.

"Diorang risau kau hilang. Aku datang untuk cari kau"

Lucy diam dia hanya pandang laut di hadapannya. Kiara menghadap permandangan laut itu. Cahaya bulan buatkan laut itu kelihatan bersinar.

"Kau tak akan pergi selagi aku cerita, kan?" keluh Lucy.

"Ya"

"Benda tu tak penting" kata Lucy.

"Kau tak boleh kerja kalau kau tak fokus, Lucy"

"Fine" kata Lucy. Tangannya bermain-main dengan pasir guna kayu.

"Sejak aku lahir, aku tak diterima oleh keluarga sendiri. Ayah aku nak anak lelaki. Nampaknya takdir tak menyebelahi dia dan mak aku lahirkan aku" sambung Lucy.

Kiara lukis mahkota atas pasir sambil dengar kisah Lucy. Dia tak akan menyampuk sehingga Lucy habis cerita. Lagipun, dia tak tahu dia nak kata apa.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now