BAB 1
Langit gelap dan angin dingin menggoncang pokok-pokok di bandar yang sunyi itu. Langit yang gelap menunjukkan pukul empat pagi. Matahari akan terbit tak lama lagi.
Di sebuah bangunan lama, seorang lelaki berdiri di lorong yang gelap menunggu seseorang. Beberapa minit kemudian, dua orang gadis muncul.
Mereka berdua memakai pakaian berwarna hitam dan bertopeng. Di pinggang mereka terdapat sebilah pedang.
"Tepat pada masanya, ingatkan tak datang" kata Tuan Asyraf.
"Jangan risau, kau yang pegang duit sekarang ni" kata Lucy, salah satu gadis itu.
"Aku nak kau bunuh Amran. Dia abang aku, syarikat Silverwater yang dia pegang sepatutnya milik aku. Dia rampas semuanya dari aku. Aku nak dia mati" kata Tuan Asyraf.
Lucy dan Kiara hanya mendengar dengan sabar. Mereka tiada masa untuk mendengar kisah tragis pelanggan mereka, tetapi mereka perlukan duit.
Semua pelanggan mereka selalu cerita kisah mereka sebagai alasan untuk adilkan diri sendiri.
Semua orang tahu, tak ada orang upah pembunuh upahan dengan niat yang baik.
"Dia ada bodyguard tak?" tanya Kiara.
"Ada, jadi aku dah tambah duit lebih. Gambar dia pun ada dalam ni" Tuan Asyraf bagi sampul putih yang tebal kepada Lucy. Lucy angguk dan buka sampul putih itu.
"By the way, lain kali jangan google dan cari orang untuk selesaikan masalah kau ni. Sesiapa boleh kesan" kata Kiara.
Dia beri satu kad hitam kepada Tuan Asyraf sementara Lucy anggar jumlah duit dalam sampul.
Lucy angguk ke arah Kiara.
"Alright, kerja akan siap dalam tempoh seminggu. Tunggu berita kematian abang kau muncul di TV " kata Lucy sambil tersenyum sinis di sebalik topengnya. Dia dan Kiara meninggalkan tempat yang gelap itu.
Tuan Asyraf berdiri seorang diri di lorong. Dia melihat kad yang diberi oleh Kiara. Pada kad hitam itu ada lambang bulan yang bercahaya dalam gelap.
Tertera perkataan Luna dan nombor di bawahnya. Tuan Asyraf membuat andaian bahawa itu nombor telefon dan nama syarikat pembunuh upahan yang diupahnya.
Tuan Asyraf rasa seram sejuk dan berjalan ke keretanya.
Kiara dan Lucy yang dari tadi berdiri atas di atas bumbung bangunan berdekatan memerhati pelanggan mereka beredar.
Langit bertukar menjadi warna ungu. Matahari mula kelihatan. Mereka berdua toleh kepala mereka ke arah bangunan seberang mereka.
Tiba-tiba, dua orang gadis keluar dari bangunan tersebut. Seorang berhud dan seorang lagi memakai skarf maroon.
Mereka berdua dikejar oleh tiga orang lelaki. Dua gadis itu berlari pantas dan berpecah.
Kiara dan Lucy memerhati situasi itu dengan senyap.
Gadis berhud itu sempat berlari ke lorong yang berdekatan dan panjat bumbung bangunan. Gadis skarf maroon sembunyi di lorong itu membuka lilitan skarfnya dan tutup kepalanya dengan skarf itu.
Jaket hitamnya diikat di pinggang untuk menutup kesan darah pada bajunya.
Tiga orang lelaki itu menghampiri tempat bangunan yang gadis berhud berada tetapi gadis skarf maroon keluar dari lorong dan berjalan ke arah lelaki-lelaki itu dengan yakin. Dia mengalihkan perhatian lelaki-lelaki itu.
Sementara itu, gadis berhud itu lompat bumbung ke bumbung untuk sampai ke tempat yang Kiara dan Lucy sedang menunggu.
"Dah siap ke Laura" tanya Kiara.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...