BAB 16
Eclipse POV
"Fail kamu hilang Ryna!" kata Tuan Shahrul.
"It's not my fault, damn it!" jerit Ryna.
Ryna, Afiq dan Zafri menghadap Tuan Shahrul. Mereka dipanggil oleh ketua mereka selepas kejadian pangkalan mereka diceroboh.
"Mesti Luna atau GS ambil" kata Zafri.
Tuan Shahrul geleng kepalanya dan keluh.
"What's the problem? Kalau fail dia hilang dan ada dalam pengetahuan orang, dia akan jadi famous macam ayah dia, so what?" kata Afiq.
Ryna menjeling dan Zafri pukul kepala Afiq.
"Orang tak pernah dapat fail King! Fail tu maklumat berharga tentang pekerja Eclipse la bodoh!" kata Zafri. Afiq gosok-gosok kepalanya.
"Haih, kamu kena dapatkan semula fail itu. By hook or by crook" kata Tuan Shahrul.
"Fail siapa?"
Tiba-tiba mereka terdengar satu suara garau. Mereka menghadap pintu masuk. Seorang lelaki tinggi memakai sut. Rambutnya hitam dan matanya coklat.
"Papa?" Ryna pandang lelaki itu. Nada suaranya seperti tidak puas hati dengan kehadiran lelaki itu.
"Syazryna Adelia, long time no see you sweetie"
King senyum sinis tapi Ryna ketap giginya. Hubungan dia dan ayahnya tak rapat.
"Welcome back, King" kata Tuan Shahrul.
Hanya mereka yang ada di dalam bilik itu tahu identiti sebenar King. King mengusap kepala Ryna. Ryna tidak membalas senyuman itu. Dia tepis tangan ayahnya.
"Ryna warnakan rambut merah? Nampak kelakar" King senyum sinis.
Ryna jeling. Mereka berdua mengambil tempat duduk di hadapan Tuan Shahrul.
Semua orang di dalam bilik itu tahu hubungan Ryna dan King menjadi dingin sejak Ryna tahu King adalah ayah kandungnya.
"So, apahal dengan fail?" tanya King.
"Fail Ryna kena ambil" jawab Tuan Shahrul.
King hanya angkat kening sebelah. Tuan Shahrul menceritakan misi baru-baru ini. Lepas bercerita, King usap dagunya.
"Luna aku tak terkejut, tapi Gold Star? Hmm" katanya.
"Apa pendapat Tuan Khairi?" tanya Afiq.
"Kita kena tahu motif diorang dahulu. Luna dan GS mesti ada tujuan diorang tapi mustahil diorang bergabung. Cara lawan diorang pun berlainan" kat King.
"Aku rasa Luna yang ambil. Luna lebih licik dan mereka tak ragu-ragu untuk buat sesuatu yang melengkapkan misi. Mereka lagi suka straight to the point. GS berbeza dengan diorang" sambungnya.
"Kalau macam tu, aku serahkan kat kau untuk latih diorang" kata Tuan Shahrul kepada King.
"Baik" King angguk.
"Ok, kamu bertiga boleh beredar. Saya ada hal nak bincang dengan Tuan Khairi" kata Tuan Shahrul.
Ryna, Afiq dan Zafri keluar dari bilik itu. Ryna sempat tangkap riak muka Tuan Khairi menjadi serius tetapi senyuman sinis terukir pada bibirnya. Tuan Shahrul mempunyai senyuman yang sama.
Ryna tahu riak muka itu ada pada muka seorang pembunuh setiap kali mereka merancang sesuatu.
"OMG! Dari jauh pun boleh rasa aura menggerunkan dia" kata Afiq. King ataupun Tuan Khairi ialah idolanya.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...