BAB 24
Kiara POV
Damn it!
Tangannya diluruskan untuk tahan diri dari jatuh. Tiba-tiba seseorang menarik lengannya dan sesuatu terjatuh dari poketnya.
Splashh
Kakinya kembali stabil. Dia menoleh ke arah orang yang selamatkannya.
"Evan?"
Evan melepaskan tangan Kiara. Kiara mula rasa rimas kerana hampir setiap kali dia keluar rumah, dia akan terserempak dengan musuhnya.
Sudah tentu musuh Kiara tidak tahu identiti sebenarnya.
"Apa yang kau buat kat sini?" tanya Evan
"Sidai baju, obviously"
"Kau patut lebih berhati-hati lain kali" kata Evan. Dia mengabaikan perlian Kiara.
Semua bodyguard memang protective macam ni ke?
Kiara masukkan tangannya ke dalam poketnya. Dia tidak dapat rasa rantai itu. Rantai itu sudah hilang. Kiara pandang tasik itu. Tak silap tadi dia terdengar ada bunyi percikan air. Kiara berjalan laju ke bahagian tepi tasik.
"Kau tercicir apa-apa ke?" tanya Evan.
"Rantai aku"
Kiara cakap dengan nada perlahan. Dia tak dengar pun soalan Evan. Dia hanya cakap dengan diri sendiri.
Evan yang dengar kata-kata Kiara buka kasutnya dan terus terjun masuk tasik sebelum Kiara sempat buat apa-apa.
Apa yang dia buat ni? Aku baru nak terjun.
Evan timbul selepas beberapa saat. Rantai itu digenggam di tangannya. Evan basah kuyup. Dia duduk sementara untuk hirup udara.
Dia berkerut tengok simbol rantai itu. Dia baru hendak tanya Kiara tapi rantai itu dirampas dari tangannya.
Kiara lap rantainya yang basah pada hoodienya. Mukanya nampak risau dan marah. Rantai dipakai dan masukkan ke dalam bajunya supaya tersorok.
"Kau tak perlu tolong aku tadi. Aku boleh ambil sendiri"
Evan bangun dan perah air dari bajunya. Bajunya yang basah melekat pada badannya. Nampak bentuk ototnya.
Kiara palingkan mukanya. Evan hanya berkerut dan selak rambutnya yang basah.
"Tak ada terima kasih? Thank you? "
Kiara masih elak dari pandang muka Evan. Evan berjalan ke sini dan sana untuk berada di kawasan penglihatan Kiara.
Patut ke? Aku tak suruh pun dia terjun. Tapi kau tak boleh kurang ajar Kiara, nanti plan tak menjadi. Lepas semua ni selesai, aku boleh bunuh dia.
"Kiara my princess, I'm waiting"
"Apa?!"
Evan tersenyum kerana panggilan itu berjaya buat Kiara pandang ke arahnya.
"Jadi, kau mengaku yang kau princess aku?" senyuman sinis terukir pada bibir Evan.
Bagi Evan, muka Kiara yang merah itu comel. Kiara sebenarnya sedang menahan dirinya dari lemaskan lelaki itu dalam tasik sehingga muka lelaki itu biru.
"Terima kasih"
"Apa dia? Tak dengarlah"
"Aku kata terima kasih!"
Evan senyum puas.
"Memandangkan aku dah selamatkan kau daripada cium tanah dan ambil rantai kau, maksudnya kau terhutang budi dengan aku" Evan senyun sinis.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
General FictionKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...