BAB 42

884 60 0
                                    

BAB 42

Hari 12

5.30 petang, di banglo Luna.

Mereka semua berlatih di bilik latihan. Ahli GS berada di balai polis.

Shah kata Madam Serena dalam lokap dan masih berbincang tentang hukumannya. Polis melepaskan semua ahli Luna dengan syarat bayar duit kepada keluarga mangsa yang mereka dah bunuh atau tebus kesalahan dengan buat kerja amal kebajikan.

Kiara dan kawan-kawannya sudah tolong polis tangkap Luna. Mereka telah tebus kesalahan. Isu tentang Luna telah tersebar. Masalahnya sekarang, mereka masih perlu tangkap Eclipse.

Lucy bersihkan pedangnya. Tasha berlatih berlawan dengan Sarah. Laura dan Amanda berlatih menembak.

Kiara duduk di bangku sambil bermain dengan rantainya. Kejadian semalam bermain dalam kepalanya. Tangannya tanpa sedar sentuh lehernya yang berbalut.

Orang yang paling terkesan dengan kematian Bella ialah Izz. Bella satu-satunya keluarga paling rapat dengan Izz.

Izz dan Bella sepupu. Madam Serena kutip mereka masa kecil dulu. Sekarang, Izz tak ada keluarga. Kalau ada pun, dia dah terpisah dari keluarganya bertahun-tahun. Dia tak ingat siapa keluarga sebenarnya.

Kiara diamkan diri dari semalam. Apa yang dia buat ialah renung loket rantainya. Tiba-tiba telefon Kiara berbunyi. Yang lain terus berhenti berlatih.

Nombor itu nombor private. Kiara jawab panggilan dan pasangkan speaker mode.

"Kiara, Queen"

"Siapa ni?" tanya Kiara. Nadanya rendah dan mendatar.

"Takkan dah lupa suara aku?"

Dia ingat suara ni, suara lelaki yang bunuh ibu bapanya.

King.

"Apa kau nak?" tanya Kiara.

"Congrats sebab khianat dan jatuhkan syarikat kau sendiri. Sekarang Luna dah tak ada, tinggal GS dan Eclipse. Senang sikit kerja aku. Aku dengar cerita yang mentor kau dah mati?" kata King.

Kiara diam sebentar.

"Apa kau nak?" tanya Kiara lagi.

"Haha, Straight to the point as always. Tengah malam jumpa dekat bangunan yang kau kena culik tu. Kita ada banyak benda yang perlu dibincangkan"

"Kalau aku tak nak datang?"

"Kau nak orang yang kau sayang mati lagi? Siapalah agaknya selepas ni yang jadi mangsa? Lucy? Sarah? Hmm apa kata, Evan?"

"Fine. Bila aku datang, aku akan pastikan kau takkan nampak bulan mengambang lagi"

"Itulah semangat yang aku cari. Aku tak kesah kalau kau bawa kawan-kawan kau datang sekali. The more the merrier. Ingat, kau tinggal dua hari lagi. Masa kau dah suntuk"

King putuskan panggilan. Kiara tutup telefonnya.

"King mungkin akan ajak ramai ahli Eclipse lawan kita" kata Laura.

"King tak akan bawa ramai ahli Eclipse. Dia kata dia nak berbincang. Kalau dia nak bunuh kita dah lama dia buat" kata Lucy.

"Betul cakap Lucy. Aku ada lagi dua hari, dia takkan apa-apa kan aku. Apa yang dia ugut tadi, dia takkan buat kecuali kalau aku tak bagi rantai ni" kata Kiara.

"Aku rasa kita kena minta GS dan polis ikut. Kita boleh tangkap King" kata Amanda.

"King bukan sesorang yang senang ditangkap. Polis dah tangkap dia banyak kali tapi dia tetap terlepas" kata Tasha.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now