BAB 3
Lucy, Kiara, Laura dan Tasha dalam perjalanan ke gudang Starlight. Lucy sedang memandu dan Kiara duduk di sebelahnya. Laura dan Tasha duduk di belakang. Suasana di dalam kereta sunyi.
Kiara cuba tenangkan diri dan rakan-rakannya terdiam kerana mereka saksikan perkara yang luar biasa. Selama mereka berkerja dengan Kiara, mereka tak pernah melihat Kiara tunjuk sebarang emosi tetapi disebabkan seorang lelaki selamatkan dia, dia hilang cool.
Apa yang lelaki itu cakap untuk buat Kiara marah?
Beberapa minit kemudian, mereka tiba di gudang. Mereka berempat keluar dari kereta. Mereka semua memakai penutup mulut dan cermin mata hitam. Kebetulan Lucy ada simpan dalam keretanya.
"Siapa yang kita kena jumpa?" tanya Tasha.
"Xander. Keep your eyes and ears open. Diorang kumpulan yang buat bisnes dengan hampir semua kumpulan gelap dalam dunia ni" kata Kiara.
Mereka jalan ke arah pintu masuk gudang. Dua orang pengawal berdiri menjaga pintu itu.
"Berhenti" kata salah seorang pengawal itu.
"Aku Queen. Aku nak jumpa Xander" kata Kiara.
"Xander sibuk sekarang" kata seorang lagi pengawal.
"Aku dari Luna. Diorang dengan aku" sambung Kiara.
"Kau pekak atau tak faham?" kata pengawal itu lagi.
Kiara genggam kolar baju salah seorang pengawal itu. Pengawal itu terangkat sedikit. Mata dipandang tepat. Mereka semua ingatkan Kiara hendak belasah pengawal itu tetapi Kiara hanya turunkan cermin mata hitamnya. Dia tunjukkan matanya yang berwarna kelabu.
"Cik Kia-maksud saya Queen. Ma-maaf sebab t-tak dapat cam cik" kata pengawal itu.
Semua orang yang bekerja di Starlight tahu. Hanya Kiara seorang yang mereka kenal dari Luna yang mempunyai mata berwarna kelabu.
Kiara lepaskan pengawal itu. Pengawal itu hampir jatuh. Dia buka pintu masuk. Empat orang gadis itu masuk dengan lagaknya.
Mereka dijemput oleh seorang lelaki lebih tua dari mereka.
"Queen, lama tak jumpa. Welcome" kata lelaki itu dengan riang.
"Xander" kata Kiara.
"Layanan pengawal kau bukan apa yang aku sangka kan" sambung Kiara.
"Maaf tentang tu. Aku lupa nak bagitau diorang pasal kedatangan kau" kata Xander.
"Barang Luna mana?" tanya Kiara.
"Ikut aku" kata Xander.
Mereka berjalan di belakang Xander. Terdapat satu tempat simpanan senjata.
"Ini yang Luna minta" Xander tunjuk kepada lima beg hitam.
"Nanti aku suruh anak buah aku tolong angkat" sambungnya.
Lucy dan Tasha periksa beg-beg itu. Dalam beg-beg itu ada beberapa rifle, pistol, revolver, pedang katana dan bom.
Mereka pandang Kiara untuk kepastian.
"Ok. Luna berbesar hati buat bisnes dengan kau" kata Kiara.
Xander pandang mereka seperti mahu kata sesuatu. Kiara dapat baca reaksi Xander.
"Madam Serena mesti dah masukkan duit. Tak perlu risau" kata Kiara.
Xander angguk puas hati.
Kiara dan kawan-kawannya angkat seorang satu. Laura dan Lucy angkat dengan satu tangan. Tasha 'memeluk' beg itu. Anak buah Xander angkat beg yang selebihnya.
YOU ARE READING
Sun and Moon | ✔
Fiksi UmumKiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia di...