BAB 15

1.1K 68 0
                                    

BAB 15

Luna POV

"Selamat pagi"

Mereka semua menoleh ke arah tangga. Tasha sedang menurun tangga.

"Lambat kau bangun. Sekarang dah pukul 10. Selalunya kau bangun pukul 5 pagi" kata Lucy.

"Penat lah" Tasha menguap.

Mereka semua sedang menonton TV di ruang tamu.

"Mana Kiara?"

"Dia kat bilik dia. Tengah tulis laporan" Amanda menjawab pertanyaan Tasha.

"Oh ya, Izz call tadi cakap yang barang-barang Luna sampai petang ni" kata Laura.

"Siapa nak pergi ambil? Ke diorang hantar sampai ke rumah?" tanya Lucy.

"Aku rasa kita kena ambil. Barang apa?" tanya Amanda.

"Senjata, uniform rasmi, kenderaan dan fail-fail penting" jawab Laura.

"Ughh, malas la kena pakai uniform" Tasha duduk terbalik di atas sofa.

"Oh wei Tasha, sarapan kau buat sendiri. Kitorang dah makan awal pagi tadi" kata Lucy.

Tasha merungut dan mengesot turun dari sofa dan ke dapur. Laura baling kusyen dekat Tasha.

"Pemalas!" kata Laura.

Tasha sempat tangkap kusyen itu dan baling semula kepada Laura. Tasha akhirnya bangun dan jalan.

"Reti pun jalan rupanya" perli Laura.

"Diamlah"

Mereka semua tunggu arahan misi dari Madam Serena ataupun penjelasan dari Kiara tentang misi semalam. Mereka semua tahu yang Kiara rasa terkesan dengan peristiwa semalam. Ego Kiara masih tercalar dan kalau Kiara nampak lelaki itu lagi, mereka pasti yang Kiara akan pancung kepala bodyguard itu.

***

Kiara sedang duduk di meja tulis dengan kertas, fail dan marker merah di tangannya. Tangannya garu-garu kepalanya yang tak gatal. Rambutnya yang kini semakin panjang diikat sanggul.

Tangannya sibuk 'bermain' dengan rambutnya.

Aku kena potong rambut, rimas.

Matanya fokus kembali pada fail di atas meja. Banyak kertas yang dironyokkan dan digumpal menjadi bola. Tangannya membelek semula fail oren itu.

Ni bukan fail King, salah fail ke? Siapa perempuan ni?

Dia memerhati gambar yang diselit bersama maklumat peribadi. Seorang perempuan berambut perang umurnya sebaya seperti sebaya dengan Kiara.

Bila fikirkan balik, pernah ke orang tengok muka King tu? Aduh, stresnya.

Dia baca semula maklumat tu.

"Syazryna Adelia, 23 tahun, mula kerja 24 Januari 2011, masa umur 17 tahun, nama samaran Heart"

Macam pernah nampak muka dia.

Pen marker merah di tangannya conteng rambut gadis di gambar itu.

Syazryna? Ryna? Eclipse yang serang kita semalam. Apa kaitan dia dengan King?

Kiara ambil fail itu kerana di depan fail itu ada lambang mahkota. Jadi dia ingatkan itu melambangkan mahkota raja.

Apa-apa pun, aku dah tak boleh buat apa-apa. Dia dah mati dah pun.

Aku hantar benda ni kat Madam Serena. Tak perlu tulis laporan kot, sekurang-kurangnya hantar sesuatu.

Kiara pergi ke beranda untuk hirup udara segar. Dia ternampak seorang lelaki berjalan keseorangan di depan rumah Luna dan ke seberang jalan. Kiara dapat rasakan lelaki itu mempunyai aura misteri.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now