BAB 21

1K 64 0
                                    

BAB 21

Kiara POV

Keesokkannya, di banglo kediaman mereka. Jam menunjukkan jam 4.45 pagi. Matahari masih belum terbit tetapi Kiara sudah terjaga.

Kiara berada di dalam biliknya. Meja tulisnya penuh dengan kertas-kertas dan pen. Headphone di kepalanya.

Kiara tidak pernah minat muzik tetapi Laura cadangkan beberapa lagu kepadanya. Laura kata muzik dapat hilangkan stres. Kiara tidak rasa tenang langsung.

Mungkin lain orang lain cara?

Evan = Knight,
Shah = Blaze,
Ryan = Flame
Airil = Leo

Kiara catat nama-nama itu di atas kertas.

"Amanda kata seorang lagi tu Nazrul. Nama samaran dia apa?"

Kiara tutup pen.

Macam mana cari King? Dia popular, jadi beberapa kes masalah bandar mesti dia pelakunya.

Kita tak boleh nak tangkap dia kalau GS asyik halang. Kita kena hapuskan mamat-mamat tu. Aku nak bunuh diorang. Itu cara terbaik.

Kalau GS tahu sesuatu yang kita tak tahu, macam mana?

Kiara tongkat dagunya. Pen diketuk-ketuk pada meja.

Kalau menyamar jadi pekerja Eclipse? Mesti mencurigakan tapi tu rancangan paling berkesan daripada pusing-pusing bandar cari King.

Aku kena minta tolong Izz.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Kiara terus pandang ke arah pintunya. Dia ketap giginya bila menghadap muka Lucy.

"Pernah dengar tak istilah ketuk pintu sebelum masuk?"

Lucy masuk dan duduk di atas katil Kiara yang bercadar hitam bercorak emas.

"Apa kau nak?"

"Nak tanya kau dah ada plan tak? Kita tak boleh duduk diam" kata Lucy.

"Can't you see I'm trying as hard as I can? Aku rasa kita hapuskan GS dulu, tak pun rapat dengan diorang untuk dapatkan maklumat. Diorang kawan dengan polis. Beberapa kes-kes jenayah yang polis pegang mungkin King penjenayahnya. Kita boleh jejak dia"

"Ni dah macam kerja detektif" keluh Lucy.

Lucy baring atas katil Kiara. Kiara sambung menulis sesautu pada kertas. Tiba-tiba, Lucy petik jari.

"Hah, aku tahu!" kata Lucy.

"Apa?"

"Kita ikut diorang ke mana kita pergi" tanya Lucy.

"Kau nak kita jadi spy?"

Kiara buka headphone dan duduk menghadap Lucy. Bukan mereka tidak pernah menjadi spy tetapi kerja itu susah dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Lagipun diorang lelaki. Lelaki tertarik dengan perempuan. Kecuali kalau dia gay la" kata Lucy.

"So?"

"So? Kerja kita senang"

"Kau ni biar betul. You can't be serious"

Suara Kiara mendatar dan mukanya berkerut. Dia memang tak setuju dengan rancangan ini. Lucy mencadangkan mereka rapat dengan ahli-ahli GS.

"Kiara, diorang tak tahu identiti kita. Kita hancurkan diorang selepas kita dapatkan maklumat. Dengan cara ni, kita akan tahu lebih banyak pasal diorang" sambung Lucy.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now